MY FOLLOWERS

Tuesday, January 29, 2013

Kesihatan - Awasi Makanan Dalam Tin

Kredit kepada: Mingguan Wanita Disember 2012
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Makanan dalam tin sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden hari ini. Ia dilihat sebagai satu cara yang sesuai bagi mereka yang sibuk dan memudahkan penyediaan makanan yang melibatkan banyak proses dan mengambil masa untuk disediakan. Walaupun dari satu sudut ia menjadikan makanan tersebut bebas daripada debu dan kotoran, itu tidak bermakna ia juga memberi jaminan yang baik kepada kesihatan. Proses pengawetan atau pengolahan bahan makanan hanya akan mempertahankan kesegaran bahan yang ditinkan untuk sesuatu tempoh tertentu. Pengawetan makanan juga bertujuan menghalang dan menghentikan kegiatan zat-zat dan mikroorganisma daripada merosakkan makanan. 

Pengetinan makanan pula bermaksud cara pengolahan makanan dengan memasukkan bahan makanan ke dalam tin yang ditutup rapat untuk mengelakkan bahan tadi menjadi rosak atau busuk. Pun begitu, ada beberapa perkara yang semua orang perlu tahu mengenainya. Penggunaan tin sebagai kemasan bahan makanan tidak bermakna bahan tersebut tidak akan rosak oleh tarikh luputnya atau disebabkan oleh proses pengolahan makanan yang tidak sempurna. Untuk menjadikan makanan dalam tin itu tetap bernutrisi dan selamat dimakan, beberapa syarat perlu dipatuhi iaitu:

Kebersihan: 
Banyak makanan mungkin boleh menjadi rosak disebabkan kawasan sekitar yang tidak dijaga dan tidak bersih. Makanan tidak boleh ditanam atau dibuang ke tempat berpotensi mengandungi zat-zat berbahaya atau dibuang ke kawasan berair untuk mengelakkan penyakit.

Berkualiti:
Bahan makanan juga perlu mempunyai tahap kualiti yang baik. Ia termasuklah menjaga rasa dan nutrisi makanan tersebut.

Cepat:
Kesemua langkah penghasilan makanan dalam tin termasuk pengisian, penutupan, proses pemanasan, penyejukan dan sebagainya perlu dibuat secepat mungkin bagi mencegah kontaminasi, kerosakan dan seterusnya meminimumkan pertumbuhan mikroorganisma dalam makanan.

Penyimpanan: 
Makanan dalam tin perlu disimpan dalam tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik, sejuk dan jauh daripada pancaran cahaya matahari. Jika sebahagian sahaja daripada makanan dalam tin telah digunakan, selebihnya itu boleh disimpan dalam peti sejuk atau bekas yang tertutup.


Petikan: Mingguan Wanita, Edisi 14-20.12.2012, segmen Info Sihat

No comments: