MY FOLLOWERS

Saturday, January 26, 2013

Kesihatan - Makan Tembikai Untuk Kesihatan Jantung

Kredit kepada: Mingguan Wanita Disember 2012
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....
 
 

Sepotong buah tembikai sehari boleh menambah pengambilan air bagi tubuh, selain turut membantu mencegah penyakit jantung. Menurut penyelidik, tembikai mampu membantu menghentikan pengumpulan kolesterol berbahaya. Biji-bijinya yang berwarna hitam pula boleh membantu mengawal berat badan anda. Menerusi kajian yang berhubung kait dengan manfaat buah tembikai untuk kesihatan jantung manusia, penyelidik dari Universiti Purdue mendapati bahawa mengambil tembikai secara teratur dapat membantu mengawal berat badan sehingga akhirnya mengurangkan timbunan lemak pada pembuluh darah. 

Penyelidik turut menyatakan bahawa terdapat sebatian citrulline dalam buah tembikai yang berperanan besar terhadap penyakit jantung. Bagi mendapatkan khasiat daripada buah ini, mereka menyarankan agar ia dimakan begitu sahaja, diolah menjadi jus tanpa dicampur gula atau dijadikan sebagai salad buah.


Petikan: Mingguan Wanita, Edisi 14-20.12.2012, segmen Info Sihat

No comments: