MY FOLLOWERS

Tuesday, January 15, 2013

Artikel - Rezeki RM800 :-D

Kredit kepada: KedahOnline v6.0
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Kisah ini mengenai satu spesis makhluk bernama manusia berpangkat bos di sebuah syarikat besar, yang menggantikan tempat bos asalnya. Disebabkan berdepan masalah para pekerja yang agak kurang motivasi, selalu cuai, ditambah lagi dengan ramai pemalas, bos baru ini memutuskan untuk mengajar mereka pada hari pertama dia di syarikat itu. Sesiapa yang didapati paling pemalas bakal dipecat serta-merta. Malang tidak berbau, dia ternampaklah seorang pekerja yang sedang bersandar di tepi dinding....

"Hei kamu, yang berbaju biru tu.." dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.

"Berape gaji awak?" dia bertanya dengan nada yang agak keras.

"Dalam RM800." jawabnya.

Bos itu kemudian membalas, "Nah, ambil RM800 ini, pergi dari sini. Kalau nak malas-malas, pergi tempat lain."

Pekerja itu mengambil duit yang diberi dan terus pergi begitu sahaja.

Bos tadi memandang kesemua pekerjanya, seperti mahu mereka faham.

Merasakan semua pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam pejabatnya, dia bertanya kepada salah seorang pekerja lain di situ, "Mamat tadi tu kerja kat department mana?"

Jawab si pekerja, "Owh, dia tu penghantar pizza."

Bos: ...... ?????????????!!!!!

No comments: