MY FOLLOWERS

Tuesday, January 22, 2013

Artikel - 'P' Mana? :-D

Kredit kepada: KedahOnline v6.0
Gambar ihsan:Google Images


Assalamualaikum.....



Pada suatu hari, seorang pakcik pergi mengambil lesen memandu di bandar. Beberapa bulan kemudian, dia pun pulang ke kampungnya tetapi dia terlupa untuk lekatkan 'P' pada keretanya. Sewaktu ditahan polis di satu sekatan jalan...

POLIS: Pakcik,'P' mane?

PAK MAT: Pi balik Kedah.

POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?

PAK MAT: Ape yang main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.

POLIS: Saya kate 'P' mane...?

PAK MAT: Skarang sape yang main-main. Awak sebagai polis, tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yang tak bersalah. Awak juga harus ......pok, pek ,pok, pek.

POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.

PAK MAT: Assalamualaikum.

POLIS: Waalaikumusalam. (Dengan kebengangan)

No comments: