MY FOLLOWERS

Thursday, January 31, 2013

Berita - Juri Sebak Dengan Kenyataan Mangsa Pemandu Mabuk

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Kehidupan seorang budak, Xitclalli "Chilli" Vasquez, 9, berubah secara tragik pada musim panas 2011 apabila kereta yang dinaikinya dilanggar dari depan orang pemandu mabuk. Kemalangan ini menjadikannya lumpuh dari paras dada ke bawah. 

Menurut saksi, sebelum itu, pada hari perbicaraan pemandu berkenaan yang diadakan di Tarrant County Court, Vasquez berpeluang membacakan satu surat yang ditulisnya yang menjadikan semua yang hadir dalam bilik mahkamah tersebut termasuk juri, menangis. 

Surat sepanjang 4 muka surat itu ditulis tangan diberikan kepada juri bertajuk 'Daripada Salah Seorang Mangsa Anda' ("From One of Your Victom.") menjelaskan bagaimana Vasquez dan kakaknya dalam perjalanan ke sebuah pasaraya untuk merias rambut dan kukunya. Mengimbas kembali, selepas kemalangan itu, dia tidak ingat apa-apa dan tidak mampu bercakap, jadi dia gunakan jari untuk menjawab soalan yang ditanya dengan jawapan YA atau TIDAK. Antara lain yang ditulisnya,

"There were times that I would cry and cry…in therapy they showed me how to lift myself and dress myself. But right now it's still very hard. My mom does a lot for me but I try myself. There are days that I cry cause I can't do what I used to. Well, I could keep going but my hand is getting tired. I would like you to meet me and my family…there are days that are bad because I have a hard time getting around. "

"Look at what I said and the words I said and tell me how I look and feel. How do you feel today? Do you remember July 9th?"

Pihak pendakwa berkata Solis dihukum penjara 10 tahun dan boleh dapatkan parol dalam masa 5 tahun. Ketika kejadian itu, mereka dapati paras alkohol dalam darah Solis ialah pada 0.23, hampir 3 kali nilai yang dibenarkan. Dia berumur 21 tahun dan tiada rekod jenayah. 

Ibu Vasquez memberitahu ABC News bahawa ramai mangsa maut akibat dilanggar pemandu mabuk namun anaknya masih hidup, dan dia masih berharap anaknya dapat kembali berjalan suatu hari nanti.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: