Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum......
Apabila kereta berdepan dengan masalah kesukaran untuk dihidupkan, antara komponen yang perlu diberi perhatian ialah pemula (starter), geganti (relay), bateri, alternator dan tidak lupa juga karburetor. Kesemua komponen ini dikaitkan dalam satu litar. Penghantaran arus elektrik bermula sejurus kunci kereta dipulas. Secara asasnya, arus dari bateri akan mengalir ke pemula seterusnya geganti, karburetor dan ke seluruh sistem bagi menghidupkan enjin. Untuk mengenalpasti apa masalahnya, cara paling mudah bagi pemandu ialah dengan memberi perhatian pada bunyi yang kedengaran apabila enjin cuba dihidupkan. Apabila kedengaran bunyi seperti 'menarik' yang lambat sebelum dapat dihidupkan, matikan semula enjin dan hidupkannya sekali lagi. Jika keadaan masih sama atau enjin dapat terus dihidupkan, bermakna kerosakan mungkin berkaitan dengan geganti atau bahagian cok pada karburetor.
Kedudukan relay dalam enjin
Sebaiknya periksa masalah ini satu per satu. Bukan setakat komponen, kabel yang menyambung juga perlu diperiksa. Ini kerana jika sambungannya longgar (contohnya ia berada pada keadaan antara bersambung atau tidak) ini juga boleh menjejaskan pengaliran arus dalam litar. Anda mungkin akan berhadapan dengan keadaan kereta anda sekejap boleh dihidupkan, di masa lain tidak boleh dihidupkan langsung dan dua keadaan ini berulang-ulang. Jika ini berlaku, mekanik boleh sambungkan dan paterikan kabel berkenaan.
Seterusnya jika pemula dan geganti sudah berada dalam keadaan baik, lihat pula keadaan cok pada karburetor. Enjin akan sukar dihidupkan terutama pada waktu pagi atau ketika enjin dalam keadaan sejuk. Enjin akan dapat dihidupkan selepas beberapa kali percubaan. Baiki seberapa segera bagi menjaga prestasi enjin anda.
No comments:
Post a Comment