MY FOLLOWERS

Sunday, January 20, 2013

Hidupan Liar - Dinosaur Bertanduk Ditemui di Kanada

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.......







Ahli paleontologi di Kanada telah menemui satu lagi fosil dinosaur bertanduk dengan berat sekitar 2 tan dengan 20 kaki panjang yang pernah hidup 80 juta tahun lalu. Dinosaur ini dari keluarga Triceratops dipanggil Xenoceratops foremostensis, ialah satu spesimen tertua dari kumpulan seratopsid. Haiwan ini, Xenoceratops, diterjemahkan sebagai sebagai 'makhluk asing bertanduk' merujuk kepada corak pelik yang ada pada tanduknya di atas kepala dan atas keningnya dan jarangnya jenis bertanduk seperti ini direkodkan. 

Pada 1958, ahli paleontologi, Wann Langston Jr. menemui tiga kepingan tengkorak spesis ini dalam formasi batuan di Alberta, Kanada. Namun pada 2003, Evans dan pasukannya mengetahui maklumat terbaru berkenaan kepingan tengkorak ini. Ketika menyambungkan kepingan tengkorak ini, mereka mendapati Xenoceratops ialah spesis paling baru ditemui.

Xenoceratops bersaiz seakan badak dengan 20 kaki panjang (6m) termasuk ekor dan berat 2 tan dengan ciri-ciri khasnya kepala bertanduk, 2 tanduk di atas dahinya, 2 tanduk besar atas kepalanya dan perisai yang melindungi tengkuknya. 

Menurut Andrew Farke, ahli paleontologi di Raymond M. Alf Museum of Paleontology di Claremont, California, spesis baru ini turut membantu melengkapkan lagi rekod evolusi dinosaur. 

"Sebahagian anatomi spesis ini yang disimpan telah memberikan kami sejumlah maklumat yang hebat mengenai bagaimana dinosaur bertanduk berkembang sebagai satu kumpulan," kata Farke, yang tidak terlibat dalam kajian. Tanduk dinosaur jantan mungkin digunakan untuk menunjukkan tahap dominannya atau untuk menarik perhatian haiwan betina

Penjelasan mengenai dinosaur ini ada dalam Canadian Journal of Earth Sciences edisi Oktober.



KLIK SINI untuk artikel penuh.





No comments: