Kredit kepada: KedahOnline v6.0
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Dalam satu kejadian yang agak susah diterima akal, sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam dan akan terhempas, terdapat 5 orang penumpang di dalamnya tetapi beg payung terjun kecemasan hanya ada 4 unit sahaja.
Berkatalah penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, macam mana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.
Penumpang kedua pula berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yang paling bercita-cita tinggi dan juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang Presiden". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.
Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku Presiden US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yang berat untuk menjaga sebuah negara yang kuat. Tambahan pula, akulah President yang terpandai dalam sejarah US. Orang Amerika mana yang hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.
Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kepada Allah untuk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg payung terjun yang terakhir tu".
Budak 10 tahun itu menjawab, "Jangan bimbang. Ada satu lagi beg payung terjun untuk pakcik. Presiden terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya!!!".
No comments:
Post a Comment