Kredit kepada: Yahoo Shine, Yahoo GMA
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.......
Flavanol adalah satu kompaun semulajadi yang didapati dalam biji koko. Sebelum ini, ia dicadangkan sebagai sumber untuk meningkatkan kesihatan jantung. Flavanol ditemui dalam tahap berbeza dalam produk koko dan kajian menunjukkan jumlah flavanol itu sendiri berperanan berbanding jumlah koko adalah kunci penting ke arah kesihatan jantung. "Daripada kajian ini, sejumlah kecil coklat mungkin membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan menurunkan tekanan darah," kata Dr. Randal Thomas, seorang ahli kardiologi di Klinik Mayo. Beliau turut menyatakan daripada kajian sebelum ini mendapati pengambilan coklat juga dikaitkan dengan penurunan risiko sesetengah penyakit berkaitan jantung. "Kajian ini memberikan maklumat terbaru yang mencadangkan mekanisma untuk menurunkan risiko mungkin berkaitan juga dengan kesannya dalam merendahkan tekanan darah," katanya.
Dalam satu lagi kajian semasa, Dr. Karin Ried dan rakan seangkatannya di University of Adelaide di Australia mendedahkan 20 kajian yang dijalankan dari 2003 hingga 2011 untuk mengkaji kesan pengambilan koko kepada tekanan darah. Daripada percubaan yang dijalankan, 856 individu sihat diberikan 545.5mg flavanol. Mereka mengambilnya dalam produk koko dengan jumlah ideal flavanol selama minimum 2 minggu dan tahap tekanan darah mereka diperiksa sebelum dan selepas kajian dijalankan. Hasilnya, pengkaji mendapati subjek yang mengambil koko dengan flavanol yang tinggi mempunyai tekanan darah yang menurun berbanding mereka yang mengambil koko tanpa flavanol.
Flavanols membentuk sebatian kimia yang dipanggil nitrik oksida dalam darah yang diketahui menenangkan saluran darah.
Pun begitu, beberapa pakar turut mencadangkan langkah berjaga-jaga diambil. Ini kerana terdapat analisis menunjukkan kesan yang mengecewakan daripada pengambilan coklat ke atas tekanan darah. Namun coklat mungkin menjadi jawapan kepada sesiapa yang menghidap hipertensi.
"Penurunan tekanan darah yang berlaku tidaklah besar, namun ia masih penting kepada mereka yang menghidap hipertensi" kata Keith-Thomas Ayoob, pembantu profesor di bahagian pediatrik di Albert Einstein College of Medicine.

No comments:
Post a Comment