MY FOLLOWERS

Thursday, January 31, 2013

Kesihatan - Makan Makanan Mentah

Kredit kepada: Mingguan Wanita Disember 2012
Gambar ihsan: Google Images
 
 
Assalamualaikum.....


Kegemaran memakan makanan mentah sering dikaitkan dengan gaya hidup yang hanya memakan makanan bersumberkan sayur-sayuran, buah-buahan dan biji-bijian mentah. Makanan mentah merupakan sejenis makanan yang mentah atau makanan yang tidak dimasak lebih dari 118 F sama ada secara menggoreng, merebus, memanggang, membakar atau jenis pemanasan yang lain. Amalan pemakanan jenis ini sangat baik untuk diamalkan seperti disokong oleh fakta berikut:

Makanan yang dimasak atau diproses terlebih dahulu menyebabkan hilangnya 70% hingga 80% vitamin.

Proses memasak adakalanya menghilangkan vitamin sebanyak 50% dan 100% enzim. Dalam banyak penyelidikan yang telah dilakukan, pengambilan produk haiwan secara berlebihan atau dimasak secara khusus boleh menimbulkan masalah yang buruk kepada kesihatan. Untuk itu, penyelidik menyatakan dengan mengambil sayur dan buah tanpa dimasak terlebih dahulu akan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk tubuh.

Dikatakan juga makanan mentah yang bebas daripada bahan kimia akan mendorong seseorang untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Ini termasuklah meningkatkan kadar antioksidan, vitamin dan nutrisi sehingga akhirnya dapat melindungi manusia daripada serangan radikal bebas yang mampu melindungi tubuh daripada kesan penuaan.

Dalam jurnal American Society of Nutritional mengatakan bahawa mengambil makanan mentah sebanyak 70% mampu membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang menyebabkan penyakit jantung.



Petikan: Mingguan Wanita, Edisi 14-20.12.2012, segmen Info Sihat

1 comment:

Why Farouk said...

makanan mentah = japanese food = favourite! *tetiba*