MY FOLLOWERS

Wednesday, January 2, 2013

Artikel - Waspada Dengan Mainan Pelik dan Berbahaya

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan:  Google Images


Assalamualaikum....

Kepada semua ibu bapa, anda semua adalah bertanggungjawab dalam hal keselamatan anak anda ketika mereka bermain permainan yang dibeli. Sentiasalah berwaspada bermula daripada ketika mahu membeli permainan tersebut.

Sebelum ini, penulis ada paparkan penemuan permainan pelik di sebuah pasaraya di sini. Anda boleh KLIK SINI dan SINI untuk membacanya. Nampaknya bukan sahaja di negara luar, tetapi di negara kita pun ada juga dan itu sungguh di luar sangkaan penulis. Namun penulis terfikir juga - bagaimana permainan import sebegini boleh melepasi tapisan kastam sehingga sampai di rak jualan di pasaraya di sini? 

Penulis memetik artikel luar negara di bawah ini kerana ia berkaitan isu barangan permainan yang berbahaya serta tindakan pihak kastam dan badan berkaitan dalam menangani masalah ini. Mereka begitu prihatin dan mengambil serius akan hal ini. Tindakan tegas sebeginilah yang seharusnya dicontohi dan diambil oleh pihak berwajib di negara kita supaya penjualan barang permainan yang mungkin berbahaya dan pelik (jika ada) dapat dibanteras.


Pegawai atasan persekutuan di Amerika Syarikat dalam usahanya menghalang kebanjiran permainan yang berisiko mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak dari luar daripada memasuki pasaran di negara itu ketika musim cuti baru-baru ini. Pegawai dari kastam dan perlindungan telah mengesan lebih daripada 2 juta mainan berbahaya dan produk kanak-kanak di pelabuhan masuk Amerika Syarikat.

Dalam satu sidang akhbar, pihak U.S. Customs and Consumer Product Safety Commission telah menunjukkan barangan permainan yang dirampas yang mungkin disukai kanak-kanak seperti barang kemas, kereta mainan, anak patung, dan figura aksi. Menurut penyiasat, barang permainan daripada pengeluar yang diimport ini telah disekat kemasukannya ke negara berkenaan kerana ia berisiko mendatangkan kesan kepada kesihatan kanak-kanak. Sebahagiannya mengandungi unsur plumbum yang tinggi, selebihnya mempunyai hujung yang tajam atau bahagian kecil yang boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik.


Kata David Aguilar, Timbalan Pesuruhjaya di Customs and Border Protection, mereka telah bekerjasama dengan CPSC mengesan rekod bagi sejumlah produk yang tidak selamat. "Kami di sini untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna mengenai bahaya sebenar produk yang tidak selamat," katanya lagi.

Pihak berkuasa turut mengesan lebih daripada 3000 senapang mainan yang diimport dari China di Detroit. Hasil ujian mendapati kesemuanya mengandungi unsur plumbum yang tinggi.

Dalam satu rampasan di Jacksonville, Fla., pihak berkuasa menemui kereta mainan yang turut mengandungi unsur plumbum pada paras yang tinggi yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kanak-kanak. Nilai rampasan bagi hampir 24,000 mainan ialah $22,000.

Sejak 2008, pegawai kastam menyatakan rampasan telah meningkat dua kali ganda dari aspek kuantiti dan nilai kepada produk pengguna yang diimport ke Amerika Syarikat. CBP mensasarkan lebih daripada 5,000 penghantaran berisiko tinggi yang akan diuji menerusi Commercial Targeting and Analysis Center (CTAC) di Washington yang mewakili CPSC yang membawa kepada rampasan beribu lagi produk pengguna import yang berbahaya.

Mainan yang berbahaya ini telah menyebabkan maut kepada kanak-kanak Amerika dalam beberapa insiden. Menurut CPSC, 13 orang kanak-kanak berumur bawah 15 tahun mati akibat mainan pada 2011. 19 kematian dilaporkan pada 2010 dan 17 kematian pada tahun sebelumnya. Majoriti kematian akibat permainan berbahaya ini dikaitkan dengan lemas atau tercekik. Kes melibatkan kanak-kanak tercekik pada belon, lemas akibat cuba mengambil mainan yang jatuh dalam kolam renang atau bersama basikal roda tiga dalam kolam renang.

Laporan kematian berkait dengan permainan dan kecederaan yang diterbitkan oleh CPSC pada 2011 menganggarkan 193,200 kecederaan kanak-kanak bawah 15 tahun yang berkait dengan mainan dan kes kecemasan. Kebanyakan insiden ini hanya dikaitkan namun tidak semestinya menjadi punca kejadian.

"Pemantauan secara proaktif di pelabuhan, standard permainan yang tinggi dan usaha pendidikan boleh membantu kepada pengalaman membeli mainan yang selamat kepada semua pengguna dengan cara memastikan tiada produk berbahaya dijual di pasaran," kata Pengerusi CPSC, Inez Tenenbaum. "Asasnya, matlamat kita adalah untuk melindungi populasi kanak-kanak di negara ini dan memastikan mereka selamat pada musim percutian."

Tenenbaum menggesa ibu bapa dan seluruh keluarga untuk berjaga-jaga ketika membeli mainan untuk anak-anak, lebih-lebih lagi jika harganya agak murah. 



KLIK SINI untuk artikel penuh.



No comments: