MY FOLLOWERS

Friday, August 19, 2011

Artikel - Peringatan Rasulullah Agar Jangan Pukul Muka!

Kredit kepada: SyokOrg, Solihin Zubir
Gambar ihsan: Yahoo Images, Youtube


Assalamualaikum...

Jangan sesekali pukul muka!

Dusshh!! (Uuugghhhh.. !!)

Di kalangan kita ramai yang pernah mempelajari seni mempertahankan diri sekali pun tidak pernah terlibat dalam sebarang insiden pergaduhan. Namun dalam kehidupan seharian kita tidak boleh lari daripada berhadapan hakikat yang adakalanya menyebabkan kita bertindak memukul kepala terutama sekali bahagian muka pihak yang satu lagi. Bagi yang belajar apa-apa seni mempertahankan diri, pastinya lebih jelas berkenaan mengapa ia satu tindakan yang tidak digalakkan. Secara fizikal, pukulan di muka akan menyebabkan pening, patah rahang, retak tulang muka, patah gigi, patah hidung dan sebagainya. Dalam kes terbaru, seorang pelajar koma selama dua bulan selepas insiden dibelasah pelajar senior di bahagian belakang kepala dan leher (Anda boleh baca di blog BOM321 untuk artikel selanjutnya). 

Di sini saya petik artikel ringkas dari blog Syok dan Solihin Zubir (artikel yang sama) berkenaan tegahan Rasulullah dalam hal ini. Hukum memukul muka adalah haram tidak kiralah untuk apa-apa tujuan pun sama ada dalam hudud, takzir, mendenda anak, denda anak murid atau seumpamanya.

Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara'), hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Kata Imam Nawawi, ini adalah satu tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana:
  1. Muka ada anggota lembut yang menghimpunkan segala kebaikan.
  2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
  3. Anggota yang ada padanya adalah anggota pancaindera seperti mata.
  4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini, mengurangkannya, menghodohkannya atau mencacatkannya.
  5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata: "Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam): "Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan sama ada untuk mendidik atau sebagainya."

Hehok hie.. hatah hihi haya (Tengok nie, patah gigi saya) - Youtube

Kesimpulan

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka sama ada kepada isteri, anak, pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak-anak atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Sumber:

4 comments:

Maicher said...

ouh, baru tau pasal ni.
kena spread bagi semua cikgu baca.

kalo tak main sodap je slap slap pipi anak murid.(bukan semua cikgu) sebab tu budak tak pandai. haih

Unknown said...

catatan bagus...sebab tu muka selalu jadi mangsa yang pertama pukulan...

THE GREEN said...

maicher: btul jugak tu. elok la disebarkan. slalunya cikgu la yg kerap tangankan budak2 :-)

sofian: tu la pasal..asal gaduh sikit, muka la slalu kene dulu..

Nerzhul said...

kalo kene tarik sideburn sakit jugak tu.