MY FOLLOWERS

Wednesday, July 20, 2011

Artikel - Antara Budaya Kita dan Budaya Luar

Gambar ihsan: Youtube


Assalamualaikum...

Tatkala penulis kini dalam keadaan hampir demam secara fizikal, penulis dikejutkan pula dengan suatu budaya baru yang semakin membuatkan diri ini merasa seperti semakin akan demam, kini sedang menular terutamanya dalam industri hiburan tanah air - budaya K-Pop!


Penulis merasakan ingin menulis artikel ini kerana segala input yang diterima dalam kepala ini sudah agak tepu dan perlu dimuntahkan (uuweeekkk...) kembali, lebih-lebih lagi setelah membaca dua artikel mengenainya di blog Anis Adila Aris bertajuk Video Ngeri dan artikel di blog Beautiful Nara bertajuk 247 The 1st Ever K-Pop Group In Malaysia selain segmen di Wanita Hari Ini TV3 bertajuk "Demam K-Pop"  yang menampilkan kumpulan Prince of Pop (POP) pada dua hari yang lalu.


Sungguh mengejutkan, budaya ini turut menjadi trend terbaru bukan sahaja dalam industri hiburan, malah dalam aspek fesyen dan kata-kata dari dialog filem dan lirik lagu turut diambil (dihafal?) menjadi ikutan (Apa yang mereka sebut pun penulis langsung tak paham!) Bahasa, pakaian, tarian, seni warisan adalah antara sebahagian daripada budaya kita. Budaya kita adalah identiti kita. Penulis tertanya-tanya, apa yang menariknya dengan budaya ini (K-Pop) sedangkan kita mengetahui ia adalah budaya import? Apakah ada sebarang kekurangan dalam budaya kita sendiri sehinggakan budaya import pula diambil menjadi ikutan? Apakah budaya sendiri tidak cukup cantik untuk diperkenalkan dan dipertahankan?

Penulis teringat, ada sesetengah pihak luar pula datang ke Malaysia untuk melihat dan mempelajari mengenai warisan budaya kita. Barangkali mengetahui budaya mereka sendiri lebih banyak yang buruk daripada yang baik, jadi mereka mencari budaya dari tempat lain untuk diserap sebagai budaya mereka. Kita seharusnya berbangga kerana itu sehinggakan ada yang kata jika ia berterusan, suatu masa nanti kita pula terpaksa belajar semula budaya kita sendiri daripada pihak luar. Sebagai contoh lain, pernah juga disiarkan di tv (kalau tak silap, Bulatin Utama), ada pihak luar membeli kapal layar yang diperbuat tanpa menggunakan sebarang paku sebagaimana yang terdapat di Terengganu.

Dari sudut hiburan, penulis merasakan (akan semakin demam? hahaha..) budaya ini seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja kerana ia adalah seperti demam seketika sebelum ia surut dan kebah. Yang terlibat dalam kumpulan berkenaan mungkin akan berpecah dan tidak akan bertahan. Hanya masa akan menentukan berapa lama ia akan bertahan sebelum jatuh. Yang mempunyai identiti sendiri akan terus gah dan dipandang seperti Dato' Siti Nurhaliza, M. Nasir, dan Misha Omar. Sekadar menyebut beberapa nama.

Kita saban hari semenjak dari zaman persekolahan diajar mengenai sejarah dan budaya yang diwarisi turun temurun menerusi subjek Sejarah. Tujuannya antara lain, untuk mendidik anak bangsa kita supaya tidak lupa asal usul identiti bangsa sendiri selain mengambil pengajaran dan peringatan apa yang berlaku di masa dahulu supaya tidak berlaku lagi sekiranya apa yang berlaku dahulu adalah suatu yang buruk. Selain itu, supaya anak bangsa kita membezakan adat dan budaya sendiri dengan yang ada di luar sana. Maka, tidaklah budaya luar itu diambil sewenang-wenangnya. Apatah lagi dalam masyarakat Melayu kita ini yang rata-ratanya beragama Islam yang juga sudah sebati sebagai sebahagian daripada identiti Melayu. Bacalah kembali buku-buku sejarah lama atau mana-mana blog yang menulis mengenainya. Contohnya Misitsfiles. Banyak yang boleh dipelajari daripada bahan yang diketengahkan buat pembaca.

Jadi cubalah tanyakan pada mereka-mereka yang terlibat dengan K-Pop Malaysia ini - tidakkah mereka juga mempelajari sejarah dan memerhatikan apa yang berlaku? Fikirkan...

Malangnya, terdapat segelintir pihak yang mungkin tidak sedar trend atau budaya yang dibawa masuk ini lebih banyak kesan negatifnya. Usahlah difikirkan sangat mengenai bisnes untuk mengaut keuntungan. Seharusnya, fikirlah dahulu kesannya sebelum membuat keputusan kerana di satu masa kelak dikhuatiri budaya sendiri akan semakin terhakis dan seterusnya hilang. Kelak, generasi akan datang akan terpinga-pinga bila ditanya mengenai sejarah dan warisan budaya sendiri.


p/s: Penulis sendiri pun belajar karate sejak dari sekolah menengah. Hehehe... Kalau belajar seni beladiri atau sukan, mungkin masih boleh diterima. Fikirkan....


11 comments:

Ezad Skytech said...

Selamat pagi..(^^,)
K-Pop ni macam da jadi trend kat Malaysia ni..anak2 muda sekarang ni byk yang da terikut2..tu yg muncul artis baru yg terapkan elemen K-Pop dalam muzik mereka...=_=

p/s: mmg tak minat K-Pop..hee~

Diana @ BKKC said...

penulis: betul kate ezad...Kpop ini adalah trend semata2..sama halnya dengan hip hop suatu tika dulu..ataupun rap gaya kru yg pernah popular.. Even sy suke kpop..tak bermakna..sy ingin artis malaysia seperti mereka (korea)...kerana kpop adalah korea. Malaysia should be Mpop. isn't it?

nurshaf said...

salam, tak pernh tengok dan dgr pon lgu2 k-pop ni,best sgt ker?

LindaLittle said...

mmm...menakutkan...budaya yang secara tidak sihat nya telah menular dalam diri anak-anak muda sekarang...

Zahirah said...

Mereka dah addicted sangat tu dengan artis pujaan masing-masing. Bila ada pertandingan k-pop semua, tu yang semua berlari-lari nak join. Minat punya pasal. huhu. kesian anak muda sekarang

cik marikh said...

suka tengok cerita korea..tapi bab2 lagu dorang memang agak kureng..x bole terima lnsung, K-pop tuu..=D

keet said...

dulu masa zaman bangku skolah lg dh penah kena demam k-pop ni..pastu reda balik..skang dah nk melanda smula plak demam k-pop ni..erm..

Unknown said...

setuju dgn penulis...biar la Kpop je yg wujud..xpayah la Mpop...geli nk tgk..

Pink said...

patotnya tapayah nak ikot sangat lah kan korea2 bagai tu. kita ni islam, adab dgn syariat agama kena jaga n ikut. tp ni kalau dah ber'skirt' sana sini, yg pakai tudung pon terkinja-kinja..haih. tak tahu nak cakap apa, nauzubillah. harap sangat diorang sedar dan berubah and bertaubat. AMIN~

asliner said...

salam..

kan3?
dah jadi budaya rakyat Malaysia..
alahai~

daripada belajar tarian2 nie..
lebih baik belajar ilmu agama..
selain dapat pahala..
ada juga manfaat kat akhirat nanti..

tarian nie..
langsung tiada manfaat..

p/s: pelik akan remaja2 yang minat sangat dengan k-POP..alahai~

iPai said...

orang malaysia ni kuat mengikut orang kot ..