MY FOLLOWERS

Monday, June 8, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Keropok Lekor Seberang Takir

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
, Google Images



Assalamualaikum......


Setiap negeri di Malaysia pastinya ada makanan yang menjadi trademark atau sebahagian daripada identiti negeri berkenaan. Misalnya, Pulau Pinang dengan buah pala, Negeri Sembilan dengan masak lemak cili api, Melaka dengan asam pedasnya. Di Terengganu, memang tidak sah jika tidak merasai keropok lekor. Jika boleh, sebagaimana juga di negeri lain pastinya keropok lekor akan dibawa pulang sebagai ole-ole.

Tidak kiralah orang tempatan atau pun orang luar, kalau sebut sahaja keropok lekor dari Terengganu, semua tidak akan lepaskan peluang dan ada yang sanggup datang dari jauh untuk rasa keropok ini dan itulah yang berlaku kepada mereka yang menetap di sini atas sebab bekerja di negeri ini atau sekadar datang bercuti. Berbeza dengan hanya kata 'keropok dari Terengganu' tetapi dihasilkan di negeri lain kerana rasanya tidak sama. Sebaiknya kena datang sendiri ke negeri ini dan rasa sendiri hasil tangan buatan orang tempatan. 

Namun tahukah semua bagaimana keropok lekor ini dihasilkan??



Selepas bekalan ikan diperolehi, ikan-ikan berkenaan akan dikeluarkan bahagian dalamnya.


Ikan akan dibersihkan. Sebelum dikisar, kesemua tulang ikan akan dibuang. Hanya isi akan dimasukkan ke dalam mesin kisar. Sekiranya dimasukkan isi dan tulangnya sekali, keropok lekor masih boleh dihasilkan, cuma anda akan merasa 'tajam' di dalam mulut apabila memakannya kerana serpihan tulang yang ada bersama isinya.


Hasilnya sesudah dikisar.


Sesudah dikisar, isi ikan akan diuli bersama tepung untuk membentuk keropok lekor.


Sesudah dibentuk, keropok lekor akan direbus dahulu sebelum dijemur.


Keadaan keropok lekor dalam tempat rebusannya.



Dijemur dahulu sebelum dipasarkan.


Terdapat kawasan yang terkenal dengan pembuatan keropok lekor di Kuala Terengganu sahaja ada beberapa, antaranya Chabang Tiga, Losong dan Seberang Takir. Bukan sahaja keropok lekor, malah keropok keping juga dihasilkan.




Boleh didatangkan bersama sos cilinya. Ini terpulang kepada citarasa anda. Sekiranya anda berada di negeri lain, kualiti penghasilannya tidak sama dengan yang dihasilkan di negeri ini.Untuk pengetahuan semua, keropok lekor yang dijual ada yang dijual adalah yang sudah melalui semua proses di atas. Ia dijual dalam saiz yang panjang dan juga pendek. Ia terpulang kepada pengusaha yang menghasilkannya. Sebagai hidangan, anda boleh menikmatinya dengan cara ia direbus kembali atau digoreng. Jadi, sekiranya ingin menikmati keropok lekor dengan trademark dan kualiti yang asli, datanglah ke Terengganu :-)


Di Seberang Takir, secara umumnya selain keropok lekor, produk sampingan seperti ikan kering dan belacan turut dihasilkan.

Selamat Menjamu Selera!!

No comments: