MY FOLLOWERS

Sunday, June 7, 2015

Berita - Tinggalkan Mayat Dalam Beg Pakaian

Kredit kepada: Yahoo SG
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Biasa dengar kisah orang tinggalkan bayi dalam beg bagi kes-kes buang bayi, tetapi ini tinggalkan 'benda' lain pula...eeiii...

 

Seorang pekerja di Japan's Tokyo Station mendapat kejutan yang tidak menyenangkan selepas membuka satu beg pakaian yang ditinggalkan tanpa dituntut selama sebulan dan ia mengandungi mayat wanita tua yang sudah mereput.

Pihak Polis Metropolitan Tokyo berkata mayat itu ditemui dalam beg pakaian di bahagian storan sementara di stesen tren utama Tokyo. Media Jepun melaporkan mayat itu seorang wanita tua, 140cm tinggi. Polis masih cuba mengenalpasti identitinya. Beg tersebut berwarna kuning ditinggalkan dalam loker syiling dengan tidak berkunci pada 26 April lalu. Ia berukuran 70 x 50 x 25cm. Tiada apa yang luar biasa tentang beg pakaian itu, tiada bau atau apa-apa, kata Junichi Omoto, jurucakap syarikat tren JR East.

Adalah menjadi amalan biasa meninggalkan bagasi selama sebulan untuk lihat sama ada sesiapa datang untuk menuntutnya. Kebanyakan stesen tren di Jepun mempunyai loker yang banyak bagi kegunaan pelancong untuk simpan barang mereka buat sementara.



Sumber beg pakaian yang tertinggal:  SINI  |  


No comments: