MY FOLLOWERS

Saturday, June 27, 2015

Kesihatan - Posisi Kelahiran..

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....





Posisi berbaring terlentang ketika proses kelahiran adalah posisi lapuk yang wajib diubah oleh pakar-pakar kelahiran dan pihak KKM. 

Ini kerana posisi baring terlentang ini jelas berlawanan seperti mana yang dinyatakan dalam surah Maryam yang menceritakan mengenai posisi pro-graviti Maryam ketika hendak melahirkan Nabi Isa alaihis salam..

Posisi ini baring terlentang juga bukan sekadar menafikan hak seorang ibu malah ianya cuma memudahkan kerja-kerja pakar kelahiran untuk 'menarik' bayi anda keluar bukannya 'menyambut' bayi jika posisi pro-graviti dipraktikkan.

Kesannya, posisi baring terlentang ini memberikan tekanan terhadap ibu-ibu termasuklah menghadapi keadaan yang tidak selesa ketika bernafas malah ia juga boleh menjadi punca kepada komplikasi-komplikasi kelahiran yang lebih teruk dan akhirnya berakhir dengan kelahiran trauma.

Ketika sedang hamil pada trimester ke-3, bukan main seksa lagi dan susahnya ibu-ibu untuk berbaring atau tidur dalam keadaan terlentang yang akhirnya berakhir dengan disuruh terlentang ketika mahu bersalin!

Posisi pro-graviti adalah sesuatu posisi fitrah yang bukan sahaja memudahkan bayi anda meluncur keluar malah ianya memberi keselesaan terhadap ibu-ibu jika sekiranya berada dalam situasi darurat yang cuma ada doktor lelaki ketika itu untuk menyambut kelahiran. Doktor lelaki tersebut hanya perlu sambut bayi anda tanpa perlu melihat kemaluan si ibu selagi mana tiada perkara yang mendesak untuk berbuat demikian. Maruah ibu juga terjaga sekiranya posisi pro-graviti ini dipraktikkan

Terakhir, tiada lagi istilah 'pushing' sekiranya pihak yang bertanggungjawab terhadap proses kelahiran fitrah ini mempunyai nilai kemanusiaan untuk memansuhkan posisi baring terlentang ini kerana dengan menggunakan posisi pro-graviti ini, bayi akan dapat meluncur keluar dengan mudah dan aman tanpa perlu kepada 'push' atau 'teran'


No comments: