MY FOLLOWERS

Thursday, June 25, 2015

Artikel - Kes Kena Kerat Separuh

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Kah kah kah kahhh!!





Seorang bekas teman lelaki yang angkuh membalas dendam kepada bekas teman wanitanya selepas mereka berpisah dengan cara memotong segala hasil perkongsian mereka kepada separuh.. kereta mereka juga telah dikerat dua!

Sesungguhnya perpisahan itu sangatlah pahit, si lelaki seorang warga Jerman yang hanya dikenali sebagai 'der.juli' sangat mengambil serius perkataan 'berpisah' telah menggunakan peralatannya untuk memotong semuanya daripada tv, laptop, iPhone5, sofa hinggalah kepada tilam. Beruang teddy juga tidak terlepas daripada potongannya.

Dia kemudiannya menghantar bahagian yang dipotong kepada teman wanitanya manakala separuh lagi yang dimilikinya dijual di eBay. Kereta Opel yang dipotong separuh tanpa bahagian belakangnya dijual kurang daripada £2, manakala separuh Apple Macbook Pro dijual dengan harga 9.50EUR (£6.80).

Lelaki itu kemudian mengumumkannya di Youtube memaparkannya memotong semua barang itu dengan sangat teliti kepada separuh dengan ayat sindiran 'For Laura' -: 'Thank you for 12 'beautiful' years Laura !!!!! you've really earned half."



Jangan sampai kena kerat separuh: SINI  | 

No comments: