MY FOLLOWERS

Monday, June 1, 2015

Hidupan Liar - Spesis Serangga Baru di Mekong

Kredit kepada: YahooSG
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Saintis telah mengenalpasti 139 lagi spesis hidupan baru di kawasan Mekong pada 2014, berdasarkan laporan terbaru. Salah satunya ialah sejenis tebuan digelar tebuan 'dementor' mengambil nama sempena sejenis makhluk serangga kayu sepanjang setengah meter seperti dalam siri buku Harry Potter. Namun menurut laporan WWF, kebanyakan spesis yang baru dikenali ini sudah berada dalam keadaan terancam daripada kewujudan jalan raya dan empangan serta permintaan tinggi terhadap daging hidupan liar dan pokok kayu mewah. Laporan berkenaan turut menyebut bahawa kawasan Asia Tenggara mempunyai 'harta karun' biodiversiti dengan purata penemuan 3 spesis baru setiap minggu sekitar tahun 1997 hingga 2014. Jurucakap WWF, Thomas Gray berkata mereka setakat ini hanya melihat sepintas lalu bagi penemuan baru di Mekong. Pembangunan tidak terkawal dan aktiviti perdagangan haram hidupan liar membawa kesan buruk dan tidak mustahil banyak spesis telah hilang dahulu sebelum sempat ditemui. 

Di Thailand, sejenis tebuan (ampulex dementor) dinamakan sempena nama sejenis makhluk penghisap roh daripada buku Harry Potter kerana kemampuan pemburuannya yang mengerikan. Sengat tebuan ini membunuh lawannya sebelum ia dimakan hidup-hidup. Dalam buku Harry Potter, watak dementor ialah sejenis makhluk yang menyedut segala perasaan dan memori gembira daripada mangsanya. 

Di Vietnam pula, serangga kayu sepanjang 54 cm ditemui 1 km dari sebuah kampung di kawasan utara negara itu. Dua spesis bunga orkid ditemui di pasar Chatuchak yang terkenal di Bangkok dan ia telah didagangkan sebelum sempat dikenalpasti secara saintifik. Spesis buaya neut yang ditemui di Myanmar telah mendapat permintaan di pasaran hidupan liar antarabangsa dengan dua daripadanya sudah ada di kedai di Eropah. 

Terdapat 23 reptilia, 16 amfibia, 9 ikan dan 1 mamalia ada dalam senarai. Mekong merangkumi Thailand, Cambodia, Myanmar, Vietnam, Laos dan barat daya China iaitu di Yunnan. Menurut pihak WWF, kawasan ini merupakan satu daripada lima kawasan biodiversiti paling terancam di dunia. 



Sumber sengatan:  SINI  | 





No comments: