MY FOLLOWERS

Saturday, June 27, 2015

Artikel - Eye Marks: Penanda Paket Ubat Gigi

Kredit kepada: Blog Taotauajer, Healthy Food House
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....





Ada satu blog paparkan info tentang belang yang terdapat pada bahagian belakang paket ubat gigi. Selama ini memang tidak tahu pun kalau ia membawa sebarang makna sehinggalah dapat sedikit info ini.


Memetik tulisan di blog berkenaan:

Warna Merah - Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan semulajadi + Bahan kimia
Warna Biru - Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan semulajadi + Bahan ubat-ubatan
Warna Hijau - Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan semulajadi sahaja
Warna Hitam - Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan kimia keseluruhannya.

Dalam industri pembungkusan, tanda  bentuk 4 segi tepat tersebut diistilahkan sebagai "eye marks" (atau "eye spots"). Tujuan tanda tersebut mungkin untuk memberi signal atau memberi tahu pada mesin pembungkusan, kotak/bungkusan yang sesuai untuk sekian-sekian produk.

 
Apa itu "eye-marks"? Menurut Glenroy,Inc :
 
Eye mark register"A printed rectangular mark most often found along the edge of webstock that can be identified by an electric eye. The mark identifies a point on the web where an individual package is to be cut"

Tanda tersebut tidak memberi apa-apa makna pada orang biasa tapi sebaliknya pada pekerja yang terlibat dalam pemprosesan produk tersebut dan juga pada mesin yang mengendalikan proses pembungkusan produk tersebut tanda warna (merah, biru, hijau, hitam) amat penting.

Sumber gigi bersih: SINI  |  SINI  |





No comments: