MY FOLLOWERS

Monday, June 1, 2015

Kesihatan - Kesan Jangka Panjang Bila Ada Tatu

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Yahoo Health


Assalamualaikum.....


Foto contoh


Tidak kiralah apa bentuk sekalipun tatu yang dicacah pada kulit, lebih kurang 1/4 warga dewasa Amerika ada tatu pada badan. Kajian terbaru menyatakan satu daripada 10 pencacah tidak emnceritakan apa yang turut datang bersamanya iaitu kesan pada kulit yang teruk. Melalui satu kajian yang baru diterbitkan dalam NYU Langone Medical Center yang mengkaji warga New York yang bertatu, mereka mengalami masalah ruam, kegatalan atau bengkak yang berlarutan selama 4 bulan hingga beberapa tahun dengan komplikasi lebih berpanjangan bermula dari dakwat merah dan hitam.

"Kita sedia tahu bahawa jangkitan ialah risiko tatu dan bergantung kepada amalan parlor tatu, terdapat banyak komplikasi dalam kajian ini dan saya telah melihatnya pada pesakit dan ia tiada kaitan dengan artis tatu itu atau amalan parlor tetapi kualiti dakwat dan bagaimana sistem imun badan bertindak balas terhadapnya." kata Marie C. Leger, MD, PhD, ketua kajian dan Profesor Pembantu di Ronald O. Perelman Department of Dermatology kepada Yahoo Health.    

Seramai 300 orang responden berusia 18 hingga 69 tahun mempunyai tidak lebih 5 tatu. 67% tatu yang dikaji pada lengan. "Kita sedar akan komplikasi kronik yang tinggi yang dilaporkan berkai rapat dengan membuat tatu. Populariti tatu yang meningkat, ahli fizik, pegawai kesihatan dan pengguna juga perlu sedar akan risiko yang terlibat." tambahnya.

Kurang sepertiga peserta kajian yang terlibat bertemu doktor kerana reaksi dan majoriti kembali ke pengukir tatu untuk membuat aduan atau meminta nasihat. "Artis tatu adalah responden pertama ditemui bila mereka ada masalah." kata Leger. Beliau turut merancang untuk membuat kajian susulan untuk memeriksa apakah jenis reaksi paling kerap diterima oleh artis tatu dan bagaimana klien dinasihatkan dalam usaha membolehkan mereka pergi ke tempat yang betul untuk mendapatkan bantuan.




Pakar tidak terkejut dengan berita yang diterima. Menurut Jeremy A. Brauer, MD, dermatologis dan pengarah di Clinical Research at Laser and Skin Surgery Center of New York, ketika tatu begitu popular di kalangan warga Amerika, masih terdapat segelintir yang tidak jelas apakah yang disuntik di bawah kulit ketika mencacah tatu. Dia telah melihat pesakit dengan reaksi pada tatu paling banyak terhadap dakwat merah. Majoriti berdepan masalah alahan dermatitis dengan kesan kemerahan, bengkak dan kegatalan pada bahagian yang dicacah tatu.

Menurut Brauer, rawatan pada reaksi tatu adalah mencabar, yang menggunakan antihistamin mulut digabungkan dengan steroid jenis suntikan atau oral bagi menghadapi keradangan. Kesan lecur adakala muncul memerlukan penjagaan dan balutan sementara jangkitan dirawat dengan antibiotik. Yang terbaru, terdapat laporan kejayaan rawatan laser dengan pecahan laser jenis ablatif dan bukan ablatif. Bagi sesetengahnya, ketidakselesaan tidak pernah hilang dan ia mendorong untuk terus membuang tatu tersebut. Dengan laser “Q-switched” menjadi standard dalam pembuangan tatu, laser PicoSure yang baru pula membersihkan tatu dengan kurang rawatan berbanding sebelumnya. Laser itu memperbaiki parut yang berkaitan dengan tatu. Apabila mahu membuang tatu, 52% doktor RealSelf.com menyatakan tatu kumpulan/puak paling banyak permintaan untuk dibuang dengan pelbagai sebab. Leger merancang kaji selidik lebih besar untuk mengetahui komponen pewarna tatu paling membawa kepada reaksi buruk dalam tatu dan berharap siasatannya akan membongkar faktor lain yang mendedahkan masyarakat kepada risiko lebih tinggi pada komplikasi kronik.




Sumber rujukan:  SINI  | 





No comments: