MY FOLLOWERS

Monday, June 8, 2015

Artikel - Cabut Kabel Bateri Bila Lama Tidak Digunakan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....




Sekiranya pemilik meninggalkan kenderaan untuk satu tempoh yang lama (contohnya; pergi umrah selama 2 minggu), boleh pilih untuk serahkannya sementara kepada saudara terdekat atau boleh cabutkan dua kabel yang menyambungkan kuasa bateri. Ini kerana terdapat sistem elektronik yang menggunakan kuasa bateri untuk terus berfungsi walaupun enjin tidak dihidupkan, seperti jam dan radio. Kuasa bateri akan digunakan sedikit demi sedikit jika kabel tersebut terus terpasang. Tindakan mencabut kabel ini boleh membantu memanjangkan hayat bateri dan kuasa yang masih disimpan di dalamnya.

Seperkara lagi, pastikan brek tangan diturunkan sepanjang tempoh ditinggalkan bagi mengelakkan ia 'tersekat' apabila kenderaan kembali digunakan.

No comments: