MY FOLLOWERS

Monday, June 1, 2015

Hiburan - Resurrection

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....





Resurrection ialah satu siri fantasi berkisarkan mereka yang sudah mati tiba-tiba kembali hidup secara misteri. Siri ini berdasarkan novel The Returned oleh Jason Mott. Siri ini bersiaran selama 2 musim sehingga 2014.

Siri ini mengisahkan penduduk di Arcadia yang melalui kehidupan seperti biasa selepas kehilangan mereka yang tersayang, kemudian dikejutkan dengan kepulangan mereka dan lebih aneh kerana usia mereka seperti tidak meningkat. Antara yang pulang ialah seorang budak lelaki berusia 8 tahun yang telah mati lemas pada 1982 bernama Jacob Langston (Landon Gimenez), yang ditemui hidup di China dan dibawa pulang oleh ejen imigresen J. Martin ("Marty") Bellamy (Omar Epps), yang mengingkari arahan dan terus membawa Jacob pulang ke pangkuan keluarganya, pasangan Henry (Kurtwood Smith) dan Lucille (Frances Fisher). Kepulangan ini mencetuskan lebih banyak misteri dan keinginan Fred Langston (Matt Craven) dan anaknya Dr. Maggie Langston (Devin Kelley) yang mempunyai ibu yang turut lemas dan dilaporkan secara salah cuba menyelamatkan Jacob. Caleb Richards (Sam Hazeldine), yang kedua pulang dan memberi amaran akan ada ramai lagi yang akan pulang.


Menampilkan Omar Epps, Frances Fisher, Matt Craven, Devin Kelley, Mark Hildreth, Samaire Armstrong, Sam Hazeldine, Landon Gimenez, dan Kurtwood Smith



Sumber kebangkitan:   SINI    |     SINI   |   




No comments: