MY FOLLOWERS

Sunday, June 7, 2015

Seni & Kreativiti - Boleh Melukis Rupanya Dia Nie....

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Google Images  


Assalamualaikum.....

Kalau sudah namanya orang seni....




Kisah ini pertama kali muncul dalam majalah Hollywood Reporter pada 5 Jun.


Sylvester Stallone merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman Hollywood. Namun ramai yang tidak tahu dia juga seorang pelukis diraikan pada satu sambutan dengan resepsi dengan datuk bandar di Galerie Contemporaine du Musee de Nice pada 16 Mei lalu. Beberapa hari kemudian, Stallone memberitahu THR (The Hollywood Reporter) bahawa pameran itu sedikit tidak biasa kerana meraikan hasil karya kanvasnya sementara Cannes Film Festival berlangsung berhampiran ketika itu. Stallone kata dia berkarya setiap hari dengan melukis daripada James Dean hinggalah Michael Jackson, ada juga watak fiksyen yang dimainkannya yang dia begitu obses bagi dijadikan sumber inspirasinya. 

Selain itu, dia juga mengumumkan tajuk terbaru filem ‘Rambo’.

Walaubagaimanapun, masih ada saluran kreatif yang dinyatakan artis ini sebagai telah lama 'kering'. "Selebriti lalui dua kehidupan iaitu peribadi dan kehidupan kreatif. Bila karier dan populariti semakin ke penghujung, ia semakin menyedihkan kerana anda masih berasa penting tetapi peluang semakin kurang. Penghabisan kepada karier akan dialami oleh ramai selebriti, ia merupakan satu tajuk yang sedih yang saya cuba untuk tahu, tapi sekarang tidak lagi." jelasnya. 



Sumber penuh seni:  SINI  |   


No comments: