MY FOLLOWERS

Monday, June 8, 2015

Artikel - Suhu Naik, Enjin Kepanasan, Pulley Lambat

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Setiap kali enjin dihidupkan, sebagai pemandu, kita tidak tahu apa yang berlaku di bawah hud enjin itu. Maksudnya adakah kita nampak kipas radiator berputar, air mengalir, tali sawat (timing belt) berputar, dan sebagainya. Yang menjadi panduan ketika itu hanya apa yang terhidang di papan pemuka sahaja. Berapa banyak jumlah minyak yang ada, meter rpm, meter kelajuan dan suhu.

Bila suhu melebihi takat separuh, bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Kalau daripada dua pengalaman terdahulu, ia menunjukkan minyak silinder belum ditukar selepas 5000 km perjalanan dan juga sebab air dalam bekas tangki sudah kurang. Bila minyak silinder sudah diganti, baru selesai masalah dan suhu kembali normal. Begitu juga halnya dengan isian semula air. Pengalaman kali ini pula lain ceritanya. Air dalam bekas masih penuh, minyak silinder pula belum sampai had 5000 km tetapi tidak tahu apa puncanya. Stereng pula terasa berat setiap kali mengambil selekoh terutama apabila perlu pulas stereng sehingga habis. Jadi penulis ke bengkel untuk ketahui puncanya.




Pulley yang sudah haus dikeluarkan. 
Kalau dipegang, ada kesan seperti dakwat hitam pada bahagian ditunjukkan.



Tiba sahaja di bengkel, bahagian radiator dibuka. Walaupun masih panas, kelihatannya air seperti bertakung. Menurut mekanik, tangki seperti tersumbat dan air tidak dapat dikitar semula menyebabkan enjin menjadi panas. Ibarat di dalam longkang, air tidak mengalir sebab tersekat. Bila dibuka bahagian depan pada salur getah yang sambung pada radiator, tiada termostat dan air juga memenuhi bahagian tersebut. Boleh jadi bahagian pengepam air tidak berfungsi, enjin kereta juga sukar dihidupkan sebab kuasa bateri tidak dapat dicas. 

Untuk ketahui masalahnya, enjin terpaksa dihidupkan dengan bantuan kabel pelompat (jumper). Dalam keadaan enjin dihidupkan, dapat lihat masalah yang berturutan ini datang dari satu bahagian kapi (crankshaft pulley) yang bergerak perlahan dan tidak mengikut kelajuan enjin. 



Untuk menukarkannya, tali sawat bahagian itu perlu dicabut. Terang mekanik, kapi ini rosak akibat getahnya yang sudah haus. Kapi yang elok akan berpusing mengikut kelajuan enjin. Bila berlaku demikian, pengepam air juga akan berfungsi dengan baik, air dapat dikitar semula dalam enjin dan kuasa bateri juga dapat dicas semula.


No comments: