MY FOLLOWERS

Thursday, June 25, 2015

Kesihatan - 10 Makanan Untuk Meredakan Inflamasi

Kredit kepada: Yahoo Beauty
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....
 


Percaya atau tidak masalah dalam tubuh seperti kecacatan pada kulit, masalah penghadaman, sakit sendi dan sakit jantung boleh berpunca daripada masalah inflamasi? Ia merupakan masalah yang boleh berlarutan dari satu bahagian badan kepada yang lain. Kes yang boleh dirujuk ialah hubungan antara penyakit gusi dengan sakit jantung.


Sos tomato - Tomato yang dimasak tinggi dengan antioksidan, likopin, berbanding yang mentah. Likopin dikaitkan dengan pengurangan tahap inflamasi pada beberapa bahagian badan seperti kulit dan peparu.

Edamame - Kajian mencadangkan jenis-jenis isoflavin yang merupakan kompaun dalam soya seperti edamame boleh mengurangkan tahap protein C yang reaktif. 

Kari - Merupakan ejen anti-inflamasi semulajadi ada dalam sayuran yang kaya dengan antioksidan.

Nenas - Ia mengandungi enzim yang dipanggil bromelin, yang dikaitkan dengan pengurangan inflamasi pada bahagian sinus dan bahagian sambungan. Ia juga kaya dengan vitamin C.

Salmon - Makan ikan salmon dan ikan berlemak 2-3 kali seminggu meningkatkan kadar lemak omega-3 kepada omega-6 dalam diet. Kajian menunjukkan pengambilan omega-6 yang tinggi dan omega-3 yang rendah ada kaitan dengan tahap sitokin yang tinggi yang merupakan sejenis protein dibebaskan oleh sel-sel yang boleh menyebabkan inflamasi.

Biji bunga matahari - Sumber semulajadi vitamin E yang tinggi, satu antioksidan dikaitkan dengan kebolehan untuk mengurangkan sitokin pro-inflamasi dalam tubuh.

Oatmeal - Fiber yang terdapat di dalamnya dan gandum penuh ada kaitan dengan pengurangan tahap protein C yang reaktif dalam darah yang menjadi penanda inflamasi.


Jus tart ceri - Menurut kajian ia mempunyai bahan anti-inflamasi yang tinggi. Kajian juga menunjukkan atlet yang meminum jus ceri ini dapat meningkatkan prestasi mereka sambil mengurangkan penggunaan ubatan anti-inflamasi. Sasarkan untuk minum secawan sehari dengan 100% jus ceri tanpa tambahan bahan lain.


Yogurt - Jenis rendah lemak mengandungi kultur hidup yang aktif yang kaya dengan probiotik yang mengurangkan inflamasi dalam sistem penghadaman.



Sumber makan untuk hilang panas:  SINI  |   


No comments: