MY FOLLOWERS

Friday, February 25, 2011

Sekadar Luahan - Tidur Dalam Tandas a.k.a. Salah Ejaan :-D

Credits to: -
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Dalam bidang penulisan, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris memang terdapat beberapa perkataan yang mungkin sama ejaan tetapi berbeza maksudnya. Sebahagian lagi mempunyai ejaan hampir serupa tetapi berbeza. Di sini ingin saya kongsikan secebis pengalaman saya dalam kelas darjah 3 dan darjah 5 minggu lalu.


Kebiasaannya setiap kali siap beberapa kerja yang telah diberikan, saya akan tandakan buku murid-murid. Kelas darjah 3 yang saya ajar pula terdiri daripada kalangan yang agak advance dan pandai juga. Dengar katanya, kebanyakannya anak-anak cikgu :-) Sewaktu memeriksa salah satu Buku Aktiviti murid (masa itu mengajar tajuk What's in the House?), saya memeriksa bahagian isi tempat kosong. Soalannya dalam buku berkenaan "Lili sleeps in a ___________ " dan alangkah terkejutnya saya bila tempat kosong diisikan dengan perkataan 'bathroom' bukannya 'bedroom'.

"Haa?! Tidur dalam bilik air?!" ramai yang ketawa. Saya cuma tahan sahaja :-D (hahahaha....) Di halaman lain buku berkenaan, ada pula yang tersalah isi tempat kosong bagi gambar dapur dengan ejaan 'kicthen' bukannya 'kitchen'. Lantas saya bertanya "Ni eja kitchen (dapur) ker chicken (ayam)?" ketawa lagi. Aduhhh...sakit betul! :-D


Saya kemudian meneruskan memeriksa buku lain seperti biasa.

Di kelas darjah 5, begitu juga kisahnya. Tajuk diajar berkaitan Saving Our Environment, mengenai bagaimana sampah dibawa ke tempat-tempat pelupusan yang berbeza. Pelajar perlu isikan tempat kosong dalam carta alir yang diberikan dalam buku latihan masing-masing. Ada petak perlu diisi 'open dump' tetapi seorang murid menulisnya kelihatan seperti ditulis 'open dumb'.

"Haaa???!!" Alamak! Terkejut saya..Terus saya betulkan walaupun perut sakit menahan gelak   :-)

2 comments:

Leyha said...

open dumb? isk isk isk . dimaafkan ~ hehehehehe :D

sabar jak la cikgu . hehehe :D

THE GREEN said...

hahahahahahaha... aduss!! :-D