Credits to: KOL, Yahoo
Gambar ihsan: Family, Yahoo Images
Salam...
Hukum Berpasangan
Setelah memerhatikan beberapa ayat dan hadis sebelum ini, maka tidak diragukan lagi bahawa berpasangan itu HARAM di atas sebab-sebab berikut:
- Orang yang bercinta tidak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
- Orang yang bercinta tidak boleh menjaga hijab.
- Orang yang bercinta biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
- Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
- Bercinta identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
- Orang yang bercinta boleh dipastikan selalu membayangkan orang yng dicintainya.
Dalam kamus berpasangan, hal-hal tersebut adalah lumrah untuk dilakukan, padahal satu hal sahaja sudah cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?
Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau, "Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang atau berdua-duaan." Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan sorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."
Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin ditanya: "Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?" Jawab beliau, "Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan yang mana koresponden (orang yang berutus surat, penulis surat) semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji. Maka dinasihatkan kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan seumpamanya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya."
Syaikh Jibrin juga ditanya; "Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?" Jawab beliau: "Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik menerusi telefon atau lainnya)." Sebagaimana firman Allah s.w.t:
"..... dan janganlah kamu berkata-kata dengan suara lunak (yang boleh menambat hati semasa bercakap dengan lelaki asing) sehingga boleh menimbulkan keinginan orang yang berpenyakit dalam hatinya (yang menyimpan niat buruk terhadap kamu), ........"
- Surah al-ahzab: ayat 32.
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sesuatu keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selaamt daripada fitnah, akan tetapi ia sekadar keperluan.
bersambung...
Rujukan:
- 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad & Ahmad Hasan Mohd Nazam, Telaga Biru Sdn Bhd., Cetakan Pertama Januari 2007.
- Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.
2 comments:
sebab tue kapel nih haram kan...tpi fitrah manusia...sbb tue zaman sekarang kalau dah wajib kawin kna kawin kan...ilmu blog awak ni..
baik lg mcm zaman tuk nenek kita dulu2..xdenya nk kapel2 mcm skrg ni..kalao dah nak kat anak dara org, pi jumpe parents pmpuan tu..cara tu lebih elok n ada berkatnya...didikan agama mmg no. 1.
Post a Comment