Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Dashboard, Yahoo Images
Festival Songket dan Batik ini sebenarnya telah diadakan pada 25.11.2010 yang lalu, cuma hanya pada kali ini baru saya berkesempatan untuk memaparkan sedikit hasil daripada festival berkenaan berikutan timbul masalah yang tidak dapat dielakkan. :-]
Di festival berkenaan, saya sempat singgah di satu booth yang menjual perhiasan berbentuk pokok dengan daunnya diperbuat daripada batu jed asli. Selain itu, di booth itu juga dijual gelang jed untuk tujuan perubatan. Ini sebagaimana dinyatakan sendiri oleh pengusaha jed berkenaan. Ada berbagai jenis dijual dan orang ramai diberikan peluang untuk mencuba dan merasai sendiri kesan pemakaian gelang jed berkenaan. (Maaf kerana tidak sempat mengambil gambar ketika itu)
Saya sendiri sempat meluangkan masa mencuba gelang berkenaan. Kesannya dapat saya rasakan selepas lebih kurang 30 minit. Sekali sekala terasa mencucuk-cucuk di beberapa bahagian tubuh. Kata pengusaha berkenaan, itu adalah kerana ada masalah angin dalam badan. :-) Selain dalam bentuk gelang, juga terdapat dalam bentuk rantai dan bracelet. Harganya ada sehingga RM200 seutas.
Sekiranya festival ini diadakan lagi di masa akan datang, insyaAllah saya akan post maklumat terkini.
1 comment:
betul ke mujarab gelang2 tu? sebelum ni akak mmg tak percaya benda2 ni..huhu
Post a Comment