MY FOLLOWERS

Wednesday, February 23, 2011

Paranormal - Sebab-sebab Jin Memasuki Badan Manusia

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...

Bermacam-macam bentuk gangguan jin
  • Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  • Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu daripada anggota badan seperti tangan, kaki atau lidah.
  • Gangguan yang berterusan iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang untuk suatu tempoh yang sangat lama.
  • Gangguan seketika iaitu tidak lebih daripada beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.


Di antara sebab jin memasuki badan seseorang
  • Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  • Kerana kezaliman manusia terhadap mereka seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  • Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini, jin tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

Kadangkala terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah kerana syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta. Keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas atau membunuh mereka padahal manusia itu tidak mengetahuinya.


Di kalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak sepatutnya. Keadaan ini sebagaimana juga yang kita temui dalam kehidupan manusia yang bodoh. Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah s.w.t. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan keji yang diharamkan.


Penjelasan seperti ini perlu disampaikan kepada mereka supaya mereka mengetahui bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutuskan kepada semua makhluk manusia dan jin. Kepada mereka juga harus dijelaskan bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka, maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin daripada mereka, malah hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.


Rujukan:
  1. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad, Telaga Biru Publication Sdn. Bhd.
  3. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services.

No comments: