MY FOLLOWERS

Monday, February 14, 2011

Paranormal - Nama-nama Iblis

Credits to: KOL
Gambar ihsan Google Images


Salam...



Iblis memiliki kerajaannya yang besar yang terdiri daripada barisan menteri, pemerintah, wakil-wakil dan juga rakyat jelata. Di antara mereka terdapat lima jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib seseorang itu berwaspada dengannya:

  1. Tsabar - sering mengunjungi orang-orang yang dalam kesusahan atau ditimpa masalah. Ia akan membisikkan kata-kata yang tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yang mengalami kesusahan itu. Orang itu akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan Tsabar dalam menyesatkan manusia.
  2. Dasim - akan berusaha memusnahkan kerukunan rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka akan terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.
  3. Al A'war - tugasnya ialah menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih-lebih lagi terdapatnya segelintir di kalangan wanita masa kini yang gemar memakai pakaian yang sendat dan seksi! Ini sangat menggembirakannya kerana tugasnya dapat disempurnakan dengan lebih mudah.
  4. Maswath - berperanan mengadakan pembohongan yang kecil dan besar. Seseorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka-reka sebuah cerita yang tidak benar ataupun menyebarkan fitnah.
  5. Iblis ini pula suka berkeliaran di tempat-tempat yang penuh dengan manusia. Ia akan membisikkan kata-kata yang mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia, sehingga ada yang sanggup membunuh sesama sendiri.


Wallahualam...


Rujukan:
  1. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services, Cetakan Pertama Februari 2010.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad & Ahmad Hasan Mohd Nazam, Telaga Biru Sdn Bhd., Cetakan Pertama Januari 2007.
  3. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.

No comments: