Gambar ihsan: Yahoo Images
Salam...
Tiada siapa pun di dunia ini mengetahui atau meramalkan bilakah ia akan tiba. Selaku umat Islam kita wajib mempercayai dan meyakini hari kiamat itu akan berlaku kerana ia adalah rukun yang keenam dalam Rukun Iman.
Sebagaimana kita ketahui, apabila seorang manusia itu meninggal dunia (mati), Allah tidak akan menangguhkannya atau mempercepatkannya walau sesaat. Manusia itu sendiri tidak mengetahui sepanjang mana dan selama mana dia akan hidup di dunia ini meskipun sering didoakan agar dipanjangkan usianya. Begitulah juga dengan hari kiamat, manusia tidak diberitahu oleh Allah bilakah ia akan terjadi. Ini adalah supaya setiap manusia dapat melaksanakan ibadah dan kerja-kerja sehariannya dengan bersungguh-sungguh dan tanpa rasa takut.
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” (Sahih Muslim)
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (Riwayat Thabrani)
Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.” (Riwayat Ahmad)
Manusia Tetap Melakukan Kemungkaran Biar Pun Mereka Telah Nampak Tanda-Tanda Kiamat
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu, melainkan hari kiamat (iaitu) yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari Kiamat sudah datang? (Surah Muhammad: ayat 18).
Setelah satu tanda hari kiamat, tanda-tanda kiamat yang lain akan segera dapat dilihat.
Tanda-tanda yang terjadi setelah tanda yang lain seperti butiran manik-manik sebuah kalung yang jatuh satu per satu ketika talinya putus. (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Peperangan, Pembunuhan dan Huru-hara
Rasulullah SAW bersabda, “Al Harj (akan meningkat)”’ Mereka bertanya, “Apakah Al Harj itu?” Beliau menjawab, “(Iaitu) pembunuhan (saling membunuh), (iaitu) saling membunuh (pembunuhan).” (HR Bukhari)
Hari Kiamat (As Sa’ah) akan tiba ketika kekerasan, pertumpahan darah, dan kekacauan akan menjadi suatu yang lazim (HR Al-Muttaqi al-Hindi, Muntakhab Kanzul Ummaal)
Dunia ini tidak akan menemui akhirnya, hingga suatu hari akan datang pada manusia, pada hari itu akan ada pembunuhan massal dan pertumpahan darah. (Muslim)
Hari Akhir itu tidak akan datang hingga angka pembunuhan meningkat. (HR Bukhari)
Tujuan saya menulis post ini adalah bagi menyatakan tidak bersetuju dengan satu artikel di Yahoo News berkenaan penangguhan hari kiamat.
It's a good news/bad news situation for believers in the 2012 Mayan apocalypse. The good news is that the Mayan "Long Count" calendar may not end on Dec. 21, 2012 (and, by extension, the world may not end along with it). The bad news for prophecy believers? If the calendar doesn't end in December 2012, no one knows when it actually will - or if it has already.
Ingin saya sentuh sedikit (setakat yang difahami), masyarakat Barat tidak mempercayai sesuatu itu wujud sehinggalah ia dibuktikan kewujudannya. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang berkaitan spiritual (kerohanian). Pastinya mereka mahukan bukti wujudnya tuhan atau hantu. Mereka akan berusaha sehabisnya dengan bantuan alatan canggih jika perlu. Mereka mahu mengetahui bagaimana rupanya, besarnya, dan sebagainya. Jika ia dapat dibuktikan (dapat dilihat, dipegang, dirasa, dsb.), barulah mereka akan percaya dan menyembahnya sebagai Tuhan dan mempercayai akan kewujudannya. Dengan kata lain, tidak seperti umat Islam, mereka tidak akan sewenangnya percaya tanpa bukti kukuh.
Dalam Islam, adalah syirik menyembah dan mempercayai selainNya. Akidah seseorang mukmin itu boleh menjadi rosak jika mempercayai selainNya. Setiap mukmin itu harus teliti dalam segala hal walaupun ia sekecil semut agar tidak tergelincir daripada landasanNya. Segala yang dicipta di dunia ini adalah alat bagi membantu kita lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Contohnya, pembesar suara di masjid digunakan agar azan dapat didengar pada jarak yang lebih jauh supaya lebih ramai yang datang ke masjid. Jika sakit, disuruh makan ubat. Ubat itu hanyalah alat, tetapi yang menyembuhkan si pesakit adalah Allah.
Segala yang baik itu adalah kurniaan Allah. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment