Credits to: KOL
Gambar ihsan Google Images
Salam...
Umar al-Khattab r.a. berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
- Zaliitun - Duduk di kedai-kedai/pasar supaya manusia hilang sifat berjimat cermat. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
- Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
- A'awan - Menghasut sultan, raja-raja atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga mengabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
- Haffaf - Berkawan dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti disko, pub dan tempat-tempat yang ada minuman keras.
- Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini akan tenggelam dalam keseronokan dan sebagainya.
- Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya menyebarkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata mulut.
- Daasim - Duduk di pintu rumah. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Dasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai, bertindak ganas terhadap keluarga, pukul isteri, penderaan terhadap anak-anak dan seumpamanya).
- Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat selain menjejaskan ibadat-ibadat yang lain.
- Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Wallahualam...
Rujukan:
- Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services, Cetakan Pertama Februari 2010.
- 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad & Ahmad Hasan Mohd Nazam, Telaga Biru Sdn Bhd., Cetakan Pertama Januari 2007.
- Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.
1 comment:
alamak... saye benci syaiton yang nombor satu !
Post a Comment