Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum...
Riadah sebelah petang yang tidak membuang masa. Bunyi deruman enjin dan tayar menggelecek menarik perhatian sesiapa yang melalui kawasan sekitar perlumbaan ini. Daripada melepak tidak menentu, ada baik juga waktu petang diluangkan bersama keluarga dan kawan-kawan sambil merehatkan minda dengan sukan dan sedikit hiburan. Diadakan setiap petang Jumaat di kawasan Kompleks Stadium Gong Badak sekitar jam 5.00 petang.
Seronok menonton perlumbaan
Melihatkan penonton yang ramai, ada peniaga gerai turut mengambil kesempatan mencari 'hasil' ketika drift sedang berlangsung.
Sekadar riadah, selain daripada kawasan sekitar Stadium Gong Badak, kawasan sekitar pantai Batu Buruk, sekitar Masjid Terapung, Terengganu Equestrian Resort (TER), kawasan sekitar Bukit Besar bersebelahan Kompleks Seri Iman dan kawasan sekitar Bank Negara antara yang menjadi pilihan untuk bersenam dan berjoging sama ada pada sebelah pagi atau petang.
4 comments:
wah! drift! best tu!!
haha
teringat my bro
die pun drift gak
drift mcm dlm gmbr ni gak, drift kete2 lame
Blade ni org ganu ke??
nick: dtg la sini..
ery: kete baru pun ada jugak, kete lama pun byk..
asmidar: mmg org ganu pun..
Post a Comment