MY FOLLOWERS

Monday, October 11, 2010

Artikel - Ekspo Kesedaran Harta Intelek

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum...

Ekspo ini diadakan pada 7 hingga 10.10.2010. Banyak gerai jualan dibuka yang menjual produk-produk tempatan dan juga menyediakan perkhidmatan lain. Sambutan agak perlahan, berikutan tarikh ia diadakan sama dengan Karnival Sua Rasa TV9 yang diadakan di Pulau Warisan, bersebelahan Pasar Payang Kuala Terengganu. Meskipun begitu, suasana agak menyenangkan. Barangkali kerana tiada peniaga yang mengambil kesempatan ke atas warga tempatan sesuka hati sebagaimana yang berlaku di salah satu gerai di Karnival TV9.








 Antara aktiviti yang diadakan - pertandingan melukis untuk pelajar sekolah rendah


Sarang lebah beserta madunya. Mestilah manis


Sarang lebah - gambar dari jarak dekat


Ada beberapa peniaga sahaja dari luar Terengganu. Daripada loghatnya, bukan dari Kuala Lumpur atau Johor. Anda tekalah sendiri. Selebihnya warga tempatan dan badan-badan kerajaan, separa kerajaan (semi-govt.) dan yang berkaitan. Harga barang yang dijual agak berpatutan, sikap peniaga yang tidak memaksa pelanggan ketika berniaga; sangat melegakan. Masih ada keuntungannya, dalam masa yang sama dapat keberkatannya.

Kalau diikutkan, ada lagi gambar yang ingin disiarkan dalam post ini.


No comments: