MY FOLLOWERS

Monday, October 11, 2010

Artikel - Pembersihan Runtuhan

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum...


Pada petang Jumaat, sebelum ke Karnival Sua Rasa TV9, saya sempat singgah sebentar di kawasan Kompleks Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu untuk melihat sendiri kerja-kerja pembersihan runtuhan yang masih giat dijalankan.

Untuk pengetahuan, stadium ini runtuh pada sekitar bulan Jun 2009, genap setahun selepas berlangsungnya temasya Sukan Malaysia di stadium ini. Buletin Utama turut menyiarkan berita insiden berkenaan pada hari kejadian sebagai berita utama.












Selama setahun, kawasan stadium ini seakan terbiar dan kelihatan gelap tanpa nyalaan lampu spotlight yang memancar dari kawasan stadium. Sekali-sekala, timbul perasan rimas dan 'menyemak' dengan pemandangannya yang kurang menyenangkan. Kebiasaannya, kawasan berkenaan akan terang lebih-lebih lagi jika perlawanan bola sepak diadakan. Bertambah meriah dengan kehadiran pengunjung dan peniaga yang datang berniaga ketika perlawanan. Kini, banyak syarikat kontraktor terlibat bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan runtuhan stadium ini. Kerja-kerja pembersihan dimulakan dengan bahagian dalam stadium sebelum kerja-kerja di bahagian luar dapat dilaksanakan. 


Gambar-gambar di bawah adalah dari internet, insiden berkenaan pada tahun lepas.










2 comments:

aSmiDar said...

Eda pegi tau mase pelancaran staduim ni..
mase tu belajar kat UDM..
tak sanaka kejap je die ranap...

THE GREEN said...

masa pelancaran tu, hujan..ada air menitik2.. ramai yg risau trus kluar.