MY FOLLOWERS

Monday, May 11, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Keropok Segera SEAMEQ

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....


Kilang keropok segera SEAMEQ ini terletak di Tok Jiring, Kuala Terengganu. Jika berada di Kuala Terengganu, kenalah datang ke kawasan Batu 6 dahulu. Dari bulatan Batu 6, terus menghala ke Tepoh melepasi stesen minyak BHP di sebelah kiri sehingga ke lampu isyarat simpang empat menghala ke Tepoh. Dari situ belok kiri dan boleh nampak papan tanda kilang keropok ini dan juga KedaiDalamRok. Bukannya besar, papan tandanya kecil sahaja. Jadi bila sampai di simpang lampu isyarat ini, kena lihat betul-betul. Kilangnya tidak besar, bersaiz seperti rumah kediaman sahaja dengan kedai runcit di sebelahnya.


Boleh dibeli secara borong


Boleh juga dibeli secara satu paket








Keropok segera ini dihasilkan dengan beberapa perisa seperti asli, BBQ, jejari ikan, lada hitam, bawang putih dan ada juga keropok lekor dalam pek vakum. Boleh cuba mana-mana perisa yang anda rasa berkenan :-) Ada paket sudah dibuka di kilangnya untuk pengunjung cuba sebelum membeli. Yang lagi bagusnya, dalam paket keropok berkenaan juga ada sos dalam pek kecil untuk mudahkan mencicah sos.  

Kalau beli di kilang ini, harga sepeket kecil sekitar RM0.90 sahaja. Kalau dalam pakej bungkusan dengan 15 peket, harga yang kami beli ialah RM13.80. Keropok ini ada juga dijual di kedai-kedai lain. Harganya ditentukan oleh tuan kedai sendiri. Selain itu, sos cili dalam botol juga ada dijual di sini. 



Jomm pakat ramai-ramai! Kita beli borong!

2 comments:

solehah_md said...

Kalau beli borong and nak pos brp ye blh jual? Kalau blh nak murah2 sikit :-)

THE GREEN said...

yg tu, kene try contact no fon syarikat tu. tnya pd pengusaha tu brp yg dia blh offer, diskaun kalo ade n brp caj kalo nk pos.