MY FOLLOWERS

Friday, May 15, 2015

Hiburan - Revenge

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Revenge ialah satu siri drama terbitan Amerika Syarikat yang disiarkan di saluran ABC, mula ditayangkan pada September 2011. Pada bulan Mei 2014, ABC memperbaharui siri ini untuk musimnya yang ke-4 yang memulakan siaran pada September 2014.

Emily Thorne (Emily VanCamp) datang ke kawasan Hamptons dan menyewa sebuah rumah pantai bersebelahan rumah keluarga Grayson pada musim panas. Emily ialah Amanda Clarke, yang mempunyai bapa yang menjadi mangsa perbuatan khianat ketika dia masih kecil. Selepas melalui siri perbicaraan yang panjang, akhirnya bapanya dipenjara seumur hidup, kemudiannya dibunuh dalam penjara oleh ejen kepada mereka yang mengkhianati bapanya. Amanda dipisahkan daripada bapanya selepas perbicaraan dan tidak lagi melihat bapanya. 

Dia kini kembali ke Hamptons ketika sudah dewasa dan mahu membalas dendam kepada semua yang mengkhianati bapanya. Sasarannya yang utama ialah Victoria Grayson (Madeleine Stowe), ketua keluarga Grayson yang mencintai dan mengkhianati bapanya. Plot cerita berkisar kepada usaha Amanda untuk menghapuskan setiap individu yang memainkan peranan sehingga menyebabkan bapanya dipenjara. Dalam usahanya itu, dia turut menemui pelbagai fakta berkaitan masa silam bapanya yang menyebabkan rancangannya turut berubah-ubah. Sepanjang siri ini, Amanda turut membawa bersama individu lain sebagai sekutu untuk menjalankan rancangannya. 

Bila rancangannya telah berjalan, Amanda turut mendapati adalah sukar untuknya tidak melibatkan emosi. Dia turut berusaha untuk mendapatkan motivasi dan melihat kembali bagaimana tindakannya mengubah identitinya. Dia turut bimbang dengan penglibatan setiap individu dalam rancangannya itu akan turut mengubah kehidupan mereka dan bagaimana dia ingin meneruskan rancangannya selepas dia membalas dendam ke atas setiap yang melakukan kesalahan kepadanya dan bapanya.



Dibintangi oleh Madeleine Stowe, Emily VanCamp, Gabriel Mann, Henry Czerny, Ashley Madekwe, Nick Wechsler, Josh Bowman, Connor Paolo, Christa B. Allen, Barry Sloane, James Tupper, dan Karine Vanasse



Sumber balas dendam: SINI  |    SINI    |   



No comments: