MY FOLLOWERS

Monday, May 25, 2015

Kesihatan - Suntikan Radiofrekuensi Intradiskal Untuk Masalah Cakera Tergelincir

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Satu paradigma baru dalam rawatan cakera tergelincir.

Hanya satu suntikan, cakera tergelincir (slipped disc) anda akan mengecut dan anda tidak akan rasa sakit lagi. Malah rasa sakit yang menjalar turun kekaki cepat sembuh hanya selepas beberapa jam selepas suntikan. Menarik bukan? Bagi anda yang mengidap sakit belakang yang berpunca daripada cakera tergelincir atau stenosis spina, anda perlu baca artikel ini kerana kaedah rawatan suntikan (tanpa pembedahan) terbaru ini dikenalpasti amat berkesan.

Rawatan ini dinamakan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal Secara umumnya kaedah haba radiofrekuenci digunakan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Bagi mereka yang takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang belakang, maka rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling tepat. Kajian terbaru dijalankan di HUSM mendapati rawatan suntikan ini mampu memberi kejayaan sehingga 90%. Satu angka yang belum pernah dicapai dalam sejarah rawatan kesakitan tulang belakang.


Apakah itu Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal (Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression)?

Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal ini menggunakan kaedah haba radiofrekuenci untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta- merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun ke kaki. Kaedah ini hanya mengecutkan sebahagian kecil cekera yang bermasalah, oleh itu ia tidak akan mengganggu kestabilan tulang belakang. 


Sakit belakang yang bagaimanakah sesuai untuk kaedah rawatan ini?

Sakit belakang yang disebabkan oleh cakera tergelincir (orang muda) atau stenosis spinal (orang berusia) yang terpilih. Biasanya sakit dalam kedua keadaaan ini pesakit akan mempunyai gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki.


Bagaimanakah prosedur suntikan ini dilakukan?

Prosedur ini dilakukan dalam dewan bedah dibawah kawalan mesin X-ray. Anda dikehendaki baring meniarap atas katil bedah sepanjang suntikan dilakukan yang mengambil masa hanya setengah jam. Suntikan ubat bius setempat dilakukan pada kulit belakang anda sebelum jarum radio frekuensi dimasukkan terus ke dalam cakera pada tulang belakang anda. Anda tidak perlu risau akan rasa sakit kerana ubat bius setempat akan ditambah jika perlu. Anda akan sedar dan perlu berinteraksi bersama doktor semasa suntikan dilakukan. Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan menghalang dari kesan sampingan yang tidak dikehendaki.


Adakah saya akan rasa sakit selepas prosedur dan apakah hasil yang dijangkakan?

Kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa sakit yang signifikan selepas suntikan kerana jarum yang digunakan kecil dan hanya satu atau dua tempat suntikan dilakukan. Malah semasa haba disalurkan ke dalam cakera (disc) kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa kesakitan. Kebanyakan pesakit memberikan hasil kelegaan besar yang dramatik, iaitu dalam masa satu hari selepas suntikan dilakukan.




No comments: