MY FOLLOWERS

Sunday, May 3, 2015

Hiburan - Under the Dome

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Under the Dome ialah satu siri drama sains fiksyen disiarkan di saluran CBS pada bulan Jun 2013. Siri ini dikembangkan oleh Brian K. Vaughan berdasarkan novel tulisan Stephen King dengan tajuk yang sama. Untuk musim pertama, Vaughan dan King bertindak selaku penerbit eksekutif bersama Neal Baer, Justin Falvey, Darryl Frank, Jack Bender, Steven Spielberg, dan Stacey Snider. Pada bulan Oktober 2014, CBS memperbaharui siri ini untuk musim ketiga yang bersiaran pada bulan Jun 2015. 

Under the Dome mengisahkan penduduk sebuah pekan kecil Chester's Mill, yang terputus hubungan dengan dunia luar selepas kemunculan sebuah kubah lutsinar yang besar memerangkap pekan ini di dalamnya. Sebarang kenderaan yang cuba melaluinya akan berakhir dengan kemalangan. Dengan ketiadaan akses internet, tiada isyarat telefon, isyarat radio yang terhad, sumber keperluan yang semakin berkurang serta tekanan yang meningkat, mereka yang berada dalam kubah ini berusaha untuk terus hidup. Sementara itu, segelintir mereka cuba menyiasat apakah kubah ini dan dari mana datangnya. Pihak tentera dibantu oleh kerajaan serta media yang berada di luar pula cuba untuk memusnahkan kubah ini.



Dibintangi Mike Vogel, Rachelle Lefevre, Natalie Martinez, Colin Ford, Jolene Purdy, Aisha Hinds, Dean Norris, Eddie Cahill, dan Karla Crome



Sumber bawah kubah:  SINI  |    SINI   |    

No comments: