MY FOLLOWERS

Saturday, May 16, 2015

Hidupan Liar - Kedatangan Tidak Dijemput........

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum....

Anak kerbau dan anak rusa....


Sebelum ini, pernah beberapa kali kawasan kediaman ini didatangi sekumpulan kerbau yang entah dari mana. Lebih kurang 10 ekor semuanya. Sempatlah juga 'berkubang' sekejap di kawasan tanah sebelah rumah yang kosong. Ada seekor anak kerbau ini sampai masuk dalam kawasan pagar rumah sebab tersesat. Lupa pula macam mana kisah sepenuhnya.


Tetamu pada hari itu......



Kemudian, rumah jiran saya ada didatangi sebuah van yang tidak dikenali. Kedatangannya adalah bagi mengambil kembali seekor anak rusa miliknya yang berusia 2 tahun yang pada masa itu berada dalam pagar rumah jiran.

Menurut jiran ini, anak rusa berkenaan sudah berada dalam pagar rumahnya sejak dua atau tiga hari sebelum itu selepas ia terlepas daripada jagaan pemiliknya dan sampai di halaman rumahnya sekitar jam 3 pagi! Pemiliknya mengatakan memiliki sepasang anak rusa ini dan tidak diketahui bagaimana salah seekornya boleh terlepas. Dia kemudian datang ke rumah jiran ini setelah menemuinya di kedai makan milik jiran ini.





Menurut jiran ini lagi, sepanjang waktu anak rusa itu berada dalam jagaannya, dia kerap didatangi orang yang tidak dikenali yang berniat untuk mengambil anak rusa berkenaan. Jangkaannya juga pemilik anak rusa tersebut, mungkin yang datang berminat dengan dagingnya. Bagi mengelakkannya daripada diambil, jiran penulis ini mengambil inisiatif mengunci pagar rumahnya selain mewarwarkan kepada penduduk terdekat berkenaan kehilangan anak rusa ini.

Sepanjang berada di rumahnya, anak rusa ini memakan bunga-bungaan selain pucuk daun yang pahit-pahit daripada pokok-pokok di halaman rumahnya. Haiwan ini juga dalam keadaan baik :-)



No comments: