MY FOLLOWERS

Tuesday, May 12, 2015

Artikel - Ada Sistem Yang Memerhati.......

Kredit kepada: Yahoo News, Says.com
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



You've been watched...


Baru-baru ini saya ada siarkan satu entri tentang kes bila foto yang sepatutnya dikongsi bersama keluarga menjadi bahan pemuas nafsu pihak tidak bertanggungjawab di laman lucah membabitkan kanak-kanak. Tidak tahulah siapa pelakunya, mana mungkin dia begitu bodoh untuk dedahkan maklumat sendiri supaya tertangkap. Semua maklumat dan akaun di laman sosial juga adalah palsu bagi mengelakkan daripada ditangkap. Namun begitu, kalau sekali tertangkap dan muka sudah terpampang di media massa, maka seluruh negara akan tengok muka anak siapakah ini yang memalukan keluarga dan kenalan dengan segala macam perangai tidak senonoh dan menjijikkan turut didedahkan. Memang, baru-baru ini pun sudah ada cerita tentang seorang rakyat negara ini yang belajar di luar negara yang sudah tertangkap, siap didedahkan juga tajaan yang diterima daripada badan berkaitan. Apa ceritanya? Anda carilah sendiri. 

Itu baru satu cerita. Kalau lihat dalam skop dunia yang lebih besar, agaknya berapa ramai lagi? Bila kita sedar keadaan ini, adakah anak-anak kita masih akan berasa selamat?

Di sini saya kongsikan semula entri berkaitan masalah ini yang dipetik dari laman Says.com yang mungkin pembaca perlu tahu, serta usaha dari satu pihak di Amsterdam untuk mengorek maklumat dan menjejaki si pelaku berperangai tidak senonoh ini. Dengan bantuan Sweetie, imej kanak-kanak 3D yang dibina, hanya dalam tempoh dua bulan mereka berjaya menjejaki lebih 1000 pedofil (pelaku seksual melibatkan kanak-kanak) dan menyalurkan maklumat berkenaan kepada Interpol. Dengan maklumat ini, diharap lebih ramai lagi yang sebegini akan tertangkap dan diambil tindakan.

Seperkara perlu diingat, dalam dunia moden hari ini, penggunaan kamera keselamatan dan pelbagai aplikasi digital sudah semakin meluas. Jadi lupakanlah hasrat untuk terus terlepas. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.



Sumber rujukan: SINI  |  SINI  |






No comments: