MY FOLLOWERS

Saturday, May 30, 2015

Hiburan - Daredevil

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Daredevil, satu lagi produk Marvel merupakan siri drama Amerika dicipta untuk Netflix oleh Drew Goddard, berdasarkan watak dalam siri komik Marvel ditetapkan dalam persekitaran dipanggil Marvel Cinematic Universe (MCU), yang ada kaitannya dengan francais filemnya sebelum ini dan yang pertama dalam sirinya yang membuka jalan kepada pertemuan dengan siri mini Defenders. Siri ini diterbitkan oleh Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios, DeKnight Prods. dan Goddard Textiles, dengan Steven S. DeKnight sebagai showrunner siri ini untuk musim pertama.

Charlie Cox membawa watak Matt Murdock / Daredevil, seorang peguam buta yang bertugas seperti biasa pada siang hari dan menentang kejahatan pada sebelah malam. Siri ini menelusuri kisah hidupnya menentang jenayah di samping kebangkitan ketua penjahat Wilson Fisk, dilakonkan oleh  Vincent D'Onofrio. 

Siri Daredevil dibangunkan pada penghujung tahun2013, setahun selepas hak cipta wataknya dikembalikan kepada Marvel, dengan turut menampilkan Ann Woll, Elden Henson, Toby Leonard Moore, Vondie Curtis-Hall, Bob Gunton, Ayelet Zurer, dan Rosario Dawson menjelang Mei 2014. Penggambarannya dilakukan di sekitar New York City, di kawasan yang sesuai dengan gambaran Hell’s Kitchen yang lama. Semua episod musim pertama disiarkan bermula pada 10.4.2015. Pada 21.4.2015, Marvel dan Netflix memperbaharui siri ini untuk musim yang kedua. 



Membariskan Charlie Cox, Deborah Ann Woll, Elden Henson, Toby Leonard Moore, Vondie Curtis-Hall, Bob Gunton, Ayelet Zurer, Rosario Dawson, dan Vincent D'Onofrio



Sumber penegak keadilan:  SINI  |     SINI    |   




No comments: