MY FOLLOWERS

Wednesday, May 27, 2015

Artikel - Hampir Semua Benda Dia Alergik!

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Yahoo Health


Assalamualaikum.....


Bagi sesetengah orang, mempunyai masalah alahan atau alergik menjadi semacam sekatan. Biasanya dalam bab-bab makanan. Ada yang alah pada makanan laut seperti sotong dan udang. Kes lain, alah pada habuk atau bulu binatang.




Bagaimana pula kalau alah pada hampir semua perkara?

Tengok kes Brynn Duncan, 21, seorang budak perempuan yang hadapi masalah ini. Ada harinya dia boleh sahaja makan kentang lenyek tetapi pada hari lain, makanan yang sama membawa sistem imunnya kepada keadaan yang mengancam nyawanya. Kes sama juga bagi makanan dan bahan lain seperti buah-buahan, sayuran, susu, soya, kekacang, asap, wangian, termasuk juga sinaran matahari.

Ini disebabkan Duncan mempunyai masalah sindrom dipanggil mast cell activation. "Sel ini wujud bertujuan melindungi tubuh daripada parasit dan serangan bendasing lain terhadap tubuh. Sel ini juga boleh menjadi aktif apabila pesakit mempunyai alahan contohnya terhadap kekacang." kata Dr. Mariana Castells, pengarah bersekutu Pusat Mastocytosis dan Brigham and Women’s Hospital.

Dalam kes Duncan, walaupun dia mempunyai jumlah sel yang normal, ia aktif secara luar kebiasaan dengan membebaskan sejumlah bahan kimia menghalang keradangan pada kadar yang tidak perlu seperti histamin dan prostaglandins.  Ini boleh membawa kepada keadaan simptom yang pelbagai daripada yang tidak selesa seperti kegatalan, kemerahan, cirit-birit, gangguan mental, sehinggalah kepada sesak nafas yang boleh membawa maut.

"Mast Cell Disease menyebabkan saya alah kepada hampir semua benda. Saya ada alahan makanan yang teruk dan saya bergantung kepada tiub makanan untuk membolehkan saya dapat nutrisi yang sepatutnya." jelasnya dalam blog beliau, Brynn’s Bubble.   

Untuk diagnos, pesakit mesti bertindak balas terhadap ubat yang mengawal jumlah sel ini yang aktif, seperti antihistamin dan keadaan lain dengan simptom yang sama. Duncan telah didiagnos pada 2012 selepas melalui 7 tahun yang getir untuk mencari jawapannya.


Dalam kes Duncan, ada harinya simptomnya muncul tetapi berbeza pada hari lain. "Pencetus kepada simptom ini berbeza kepada individu berbeza," kata Castells kepada Yahoo Health. Alkohol, aspirin, makanan pedas, berubah mengikut suhu, boleh meningkatkan kadar reaksi kepada pesakit.

Duncan juga menghidap sindrom POTS (postural orthostatic tachycardia syndrome). Dia menjelaskan, sindrom ini menyebabkan dia tidak boleh berdiri lama hingga boleh pengsan, hanya beberapa minit. Ini menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkannya bergerak berterusan dan tidak perlu bersusah untuk mencari tempat duduk jika berasa pening. "Terdapat 10 peratus wanita yang ada sindrom ini juga menghidap POTS" kata Castells. "Ada minat untuk mengkaji kaitan antara genetik antara POTS dan sindrom keaktifan sel ini."

Masalah kesihatan yang dihadapi ini sukar dikawal. Tulisnya lagi dalam blognya, Brynn’s Bubble. “Anda akan keseorangan dan terasing. Terima kasih kepada media sosial.”

Pada 2012, dia keluar masuk hospital sebanyak 30 kali dan menderita akibat serangan dan pengecutan otot yang teruk atau dystonia. Akhir tahun lalu, dia tidak boleh berdiri tanpa peralatan sokongan.

Penyakitnya ini mengubahnya bukan sahaja secara fizikal namun telah membuka perspektif baru buatnya.



Sumber penuh alergik:   SINI    |   



No comments: