MY FOLLOWERS

Monday, May 25, 2015

Berita - Udang Warna Perang Yang Betul

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV



Assalamualaikum.....

Sebelum ini, kes belut. Ini kes udang pula....

Seekor udang berwarna perang yang besar diselamatkan daripada menjadi makan malam oleh pengusaha ikan kerana mendapati adalah lebih baik jika spesis itu diletakkan dalam akuarium sebagai hiasan. Udan gitu ditangkap di kawasan pantai Portsmouth, U.K. Kakitangan di Viviers bertanyakan kepada Blue Reef Aquarium di Portsmouth sama ada mereka mahukan udang itu diselamatkan atau sebaliknya. 

Udang ini kemudiannya dipindahkan ke akuarium digelar Crabzilla dan akan dijadikan pameran kepada umum.

Udang berusia 10 tahun seberat lebih 9 paun dengan lebar 21.6 inci antara dua sepitnya. Sepit besar itu dikatakan mempunyai kekuatan 90 psi dibandingkan dengan tangan manusia biasa hanya berkekuatan 25 psi sahaja. Sepit ini digunakan udang ini untuk menghancurkan dan membuka badan mangsa sebagai makanannya.









Sumber sepit udang:   SINI   | 



No comments: