Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB
Assalamualaikum....
Sewaktu di usia sekolah rendah, masih ingat lagi waktu itu teknologi moden baru sahaja masuk era baru. Komputer Apple masih lagi ada yang skrin berwarna hitam putih. Permainan berbentuk dot matrix tidaklah secanggih yang ada pada hari ini.
Yang paling seronok, bila pergi ke rumah kawan-kawan, ada yang sudah memiliki set permainan video yang boleh dimainkan dari platform yang sambung ke tv. Itulah dia set Micro Genius.
Saya juga masih ingat, sewaktu set ini mula hangat di pasaran sehinggakan di tv juga ada siarkan iklan produk ini. Bukan seperti set XBox atau PlayStation sekarang ini yang memainkan permainan dari CD. Set Micro Genius ini memainkan permainan daripada katrijnya yang boleh didapati dari pelbagai sumber ketika itu - dapat percuma sewaktu beli set itu, pinjam atau beli di kedai-kedai yang menjualnya. Ada sesetengah katrij sediakan sehingga 1000 pilihan permainan, walhal isinya hampir sama cuma pada tahap berbeza. Bermacam pilihan ada, kalau masih tidak berpuas hati, yang ada pada kawan-kawan boleh dipinjam.. hehehe...sehinggakan saya pernah ponteng kelas mengaji al-quran selama dua minggu sebab asyik bermain di rumah kawan selepas balik dari sekolah. Apalagi, terus kena marah dengan ustazah sebab lama tidak nampak muka.. hahaha!
Pun begitu, bukanlah keluarga saya tidak mampu. Di suatu masa, saya sekeluarga juga memilikinya. Tidak seperti yang biasa, saya memiliki jenis platform dengan joystick tanpa wayar. Keluarga belikan jenis ini sebab mahu anak-anak bermain pada jarak jauh dari tv. Seronok dalam masa yang sama, kesihatan mata turut terjaga. Bermacam permainan dimainkan, ada yang dipinjam daripada kawan-kawan. Antara yang legend pada masa itu Castlevania, Adventure Island 1 & 2 (yang ke-2 lagi susah), Tetris, Baseball, Sky Destroyer, Super Mario, Contra (final stage - tembak jantung alien.. huahuahua... ), Street Fighter, Spartan X (game pukul-pukul orang ala-ala Street Fighter), Duck Hunt (main guna pistol hala ke tv). Adik saya pula pinjam permainan Dragonball siap dengan kawan-kawan datang tumpang main sekali di rumah lepas balik dari sekolah.
Oleh kerana itu juga, banyaklah hebahan di kalangan kawan-kawan di sekolah. Masing-masing bercerita seronoknya bermain permainan yang itu dan yang ini. Yang tidak memiliki, mungkin terloponglah mendengarnya :-) Ada pula yang siap bertukar-tukar katrij permainan di sekolah. Kalau ada pengawas buat spot check, maka adalah yang kantoi! Pernah juga suatu ketika, sekolah adakan perarakan ke stadium (waktu itu, saya bersekolah di Negeri Sembilan). Ada pula yang lari balik ke rumah dengan kawan-kawan untuk bermain permainan video ini.
Cuma, tidak sampai 3 ke 4 tahun, ia seakan ditinggalkan sebab platform Sega yang lebih canggih dengan joystick lebih dan kualiti paparan visual lebih baik mula mengambil tempat. Pada masa itu, ia masih menggunakan katrij sebagai storan permainan. Yang paling diingat, permainan siri bola sepak, Sonic the Hedgehog, Street Fighter (siri ke berapa entah, dah lupa..), Bare Knuckle 1 -3, dan Jurassic Park.
Yang paling diingati, bukan setakat di waktu petang, oleh kerana seronoknya bermain pada waktu itu, di awal pagi lagi kadang-kadang sudah buka permainan ini lebih-lebih lagi bila hari minggu dengan volume tv diperlahankan.. hahahaha
2 comments:
Aku memang rindu zaman ni.... Aku punya mcm dalam gambar kau ni la..beli murah je...sebelum beli ni, sanggup aku duduk kat kedai yang jual game ni, bayar RM 2.00 sejam main game Contra...atau lepak kat rumah kawan yang ada video game...mak aku kesian kat aku sebab terlopong je tgk jiran dah ada video game..lepas tu pakat kumpul duit raya dengan adik aku...aku ingat lagi lepas pergi kedai beli pemain video game, aku dan adik aku tersenyum puas dapat beli permainan video game ni selepas bersusah payah kumpul duit.. rindu betul zaman kanak-kanak...kalau lah dapat putar balik ke belakang...apa apa pun boleh berhubung dengan aku di emel : ahmad_faiz436@yahoo.com
zmn2 ni video game mmg terbaik.. hahaha
zmn aku dulu pun gitu jugak. kmpunan ada, jeles pun ade bile tgk kwn2 dh ada video game tu. bile dh ade sndri punye baru la ok.. xde la nk pi melopong kat kdai video game semata2 nk lepas gak gian nak main game..hehehe
bile masing2 dh ade, mula la tukar2 game.. skrg ni xde dah.. asyik2 kat cc jer main terus kat online...thrill dia tak same mcm dulu...
Post a Comment