MY FOLLOWERS

Friday, July 13, 2012

Sekadar Luahan - Kalau Ikutkan Hati, Malas Jerr...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Today I don't feel like doing anything  
I just wanna lay in my bed  
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone 
'Cause today I swear I'm not doing anything  
Nothing at all, nothing at all 
hu-huuu  hu-huuu  hu-huuuu

Sewaktu di tempat kerja petang tadi, saya terima panggilan telefon meminta saya ambil alih kelas untuk petang keesokannya kerana jurulatih ada tugas di luar bagi menyambut kedatangan PM.

Sebelum ini, saya pernah ambil alih sekali tetapi mood menjadi rosak akibat kelas yang dihadiri budak-budak agak bising dan tidak tahu duduk diam. Bising macam langau dan susah ikut arahan. Buat latihan tanpa slot rehat. Latihan saya teruskan selama hampir sejam setengah sebelum lepaskan budak-budak untuk pulang. Tidak habis-habis mahu cepat balik....

Dimarah dan disuruh diam pun sudah. Hasil? Kosong! Semuanya tidak pernah lebih sesaat untuk dikawal, kemudian bising semula. Geram! Tension! Itulah sahaja yang tergambar dalam kepala yang sedang serabut ketika ini.Lagi baik mengajar budak-budak sekolah menengah atau universiti yang sudah dewasa dan reti bahasa. Boleh dikawal dan dengar kata. Hati pun terasa lega dan puas, dan kita pun akan turut jadi bersemangat untuk teruskan latihan....


Kali ini dapat panggilan meminta untuk ambil alih pula kali kedua. Mahu minta tolong daripada yang seorang lagi, dia tidak mahu tolong pula ekoran daripada apa yang pernah berlaku pada bulan Mei dahulu. Lagi tension! Lagilah buatkan saya makin tawar hati dengan kelas ini. Pujukan sudah tidak terasa masuk dalam kepala jurutera ini. Kalau ikutkan hati, mahu minta dibatalkan sahaja kelas dan reka pelbagai alasan untuk bercuti sahaja tetapi digagahkan juga memandangkan masih ada yang bersemangat meminta mahukan latihan. 

Tengoklah macam mana keadaannya selepas kali kedua ini nanti. Kalau boleh, tidak mahu ada kali ketiga.  

Ikutkan hati - MALAS NAK LAYAN!!


P/S: Menulis sambil melayan Lagu Malas ( Lazy Song ) oleh Bruno Mars

No comments: