MY FOLLOWERS

Wednesday, July 4, 2012

Artikel - Angkasawan Memetakan 40 Juta Bintang Di Langit

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum....


Angkasawan telah memetakan lebih daripada 40 juta bintang di langit, merekodkan bintang paling terang serta lokasi bintang yang malap yang akan dikatalogkan dengan tepat buat pertama kalinya, kata pengkaji. Bintang-bintang telah dicartakan sebagai sebahagian daripada American Association of Variable Star Observers Photometric All-Sky Survey (APASS) yang mengkaji bintang pada tahap 100 kali lebih malap daripada ekspedisi pemetaan bintang yang sebelum ini.

"Tinjauan terdahulu telah menyatakan ukuran tahap keterangan bintang yang terang," kata Arne Henden, Pengarah American Association of Variable Star Observers (AAVSO) dalam satu kenyataan. "Organisasi lain telah mengumumkan rancangan bagi mengukur tahap kemalapan bintang. Namun zon bintang Goldilock ini yang tidak terlalu terang atau terlalu malap telah dilupakan sehinggalah sekarang."

Dalam sesetengah kes, kilauan dan lokasi jutaan bintang-bintang ini telah dicatatkan setepat mungkin buat pertama kali, kata angkasawan.

"Katalog bintang ini akan menjadi kunci petunjuk antara kewujudan katalog terang dan malap yang akan digunakan pada masa akan datang, seperti yang telah dicipta oleh Pan-STARRS dan LSST observatories," kata Doug Welch, professor fizik dan astronomi di  McMaster University di Hamilton, Ontario in Canada.

Tinjauan ini akan mengukur jarak antara bintang-bintang yang terang yang boleh dilihat secara tipikal oleh pengkaji bintang amatur hanya menggunakan teleskop di rumah, kata pegawai AAVSO. Angkasawan mengukur keterangan jasad cakerawala dari sudut magnitudnya yang akan menggambarkan sifat kilauannya apabila muncul di langit.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: