MY FOLLOWERS

Sunday, July 8, 2012

Hiburan - Siri Arrow: Spin-Off Watak Green Arrow di Saluran CW

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Youtube



Assalamualaikum....


Arrow ialah satu siri baru yang dijangka akan memulakan siarannya pada bulan Oktober 2012 ini. Siri ini dikembangkan berdasarkan watak DC Comics, Green Arrow. Siri ini dicipta, dikembangkan dan ditulis oleh Greg Berlanti dan Marc Guggenheim, dua orang yang sama yang pernah menulis untuk siri drama tv Eli Stone. 

Selepas satu insiden kapal karam, seorang jutawan Oliver Queen dilaporkan hilang dan dianggap mati selama lima tahun sebelum dia ditemui hidup di sebuah pulau terpencil di Pasifik. Apabila dia pulang semula ke kediamannya di Starling City, ibunya Moira, kakaknya Thea, serta sahabat baiknya Tommy menyambut kepulangannya, namun mereka mendapati Oliver yang pulang kini tidak lagi seperti yang dahulu seolah-olah ada pengalaman pahit yang telah mengubahnya.

Sementara Oliver cuba menyembunyikan kebenaran mengenai apa yang telah menimpa dirinya, dia juga terdesak untuk membetulkan apa yang pernah dilakukannya sebelum itu. Lebih-lebih lagi, dia cuba untuk berbaik semula dengan bekas teman wanitanya, Laurel Lance, apabila dia mempunyai hubungan sulit dengan kakak teman wanitanya sebelum kejadian kapal karam itu. 

Selepas Oliver berhubung semula dengan semua yang terdekat dengannya, dalam masa yang sama dia mula mencipta identiti keduanya secara rahsia iaitu Green Arrow bagi membetulkan kesilapan keluarganya, melawan kelemahan dalam masyarakatnya, dan mengembalikan kegemilangan bandarnya Starling City. Di hari biasa Oliver menjadi seorang kaya, bebas dan kaki perempuan seperti selalunya selain sentiasa ditemani pengawal peribadinya, John Diggle di samping menyembunyikan identiti rahsianya dengan berhati-hati di bawah kegelapan. Walaubagaimana pun, bapa Laurel, Detektif Quentin Lance, yang bertekad untuk menahan Green Arrow yang kini berkeliaran di bandar tersebut.

Sementara itu, ibu Oliver, Moira, tahu lebih banyak tentang insiden kapal karam yang boleh membawa maut itu dan lebih tidak berhati perut daripada apa yang diketahuinya. 

Siri ini dibintangi Stephen Amell, Katie Cassidy, Colin Donnell, David Ramsey, dan ramai lagi.





Sumber panahan:   SINI   |    SINI   |   SINI   |    SINI   |   



No comments: