Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum....
Hahahaha.......
Saya masih teringat. Pada waktu itu tahun 2007 sewaktu saya masih dalam kontrak setahun sebagai editor di sebuah syarikat multimedia selepas menyertai satu program tenaga mahir multimedia anjuran kerajaan negeri di sini tahun sebelumnya.
Pada waktu itu, belum lagi wujud Facebook. Yang ada dan agak terkenal pada waktu itu Friendster, yang lain seperti Tagged, Hi-5 dan yang sewaktu dengannya hanyalah sampingan.
Saya mengenali seorang guru perempuan sebaya saya menerusi laman sosial ini. Asal dari negeri yang sama dan tempat kerjanya sekitar kawasan yang biasa saya lalui. Memanglah seronok kerana dapat mengenali kawan-kawan baru menerusi saluran begini. Bukanlah mahu mengorat sangat cuma setakat berkawan. Menerusi perkenalan ini, saya mendapat tahu dia pada masa itu bekerja sebagai guru dan sedang dalam proses menyiapkan satu kertas kerja berkaitan tajuk multimedia. Merasakan ia agak menarik kerana berkaitan dengan bidang kerja saya pada masa itu. Perbualan kami menerusi mesej banyak bertanya mengenai persembahan multimedia dan sehingga ke satu tahap dia bertanya sama ada bolehkah saya membantunya dengan tugasannya. Saya katakan jika boleh tolong, maka kami perlu berjumpa. Kami seterusnya bertukar nombor telefon dan menetapkan satu masa yang sesuai untuk berjumpa kerana pada masa itu, saya agak sibuk dengan tugas dan perlu stay back di pejabat.
Saya dan beberapa rakan sepejabat ketika itu biasanya akan stay back di pejabat dari malam sehingga ke pagi esoknya bagi menyiapkan beberapa kerja yang perlu disegerakan. Saya masih ingat, ketika itu bulan Ramadhan. Sekitar jam 3 ke 4 pagi, bersahur sambil membuat kerja agak menyeronokkan. Suasana malam juga yang kurang bunyi bising membuatkan minda sedikit lapang. Sesekali terdengar hilai tawa kawan-kawan seangkatan ditemani hidangan sahur beserta minuman panas membuatkan kurang rasa mengantuk.
Kerja yang telah siap dihantar keesokannya di pejabat walaupun dengan pakaian selekeh berbaju t dan seluar lusuh dari malam semalamnya.... dan belum mandi.. hehehe... Bercadang untuk pulang selepas solat Zohor, saya luangkan masa untuk berehat seketika memandangkan tidak tidur pada malam sebelumnya. Baru beberapa minit berbaring di surau, telefon berbunyi dan berlakulah pertemuan di luar pejabat. "Ahh..biarlah, dia bukan tau aku tak mandi.." Itulah yang terdetik di fikiran sewaktu turun dari pejabat untuk berjumpa. Sewaktu berjumpa, memang saya tidak ditegur berkenaan baju yang dipakai walaupun jelas depan mata keadaannya :-)
Kami terus berbincang mengenai tugasannya dan dia berikan satu CD multimedia untuk saya teliti kandungannya. Saya diminta untuk buatkan satu contoh papan cerita (storyboard) berdasarkan kandungan CD berkenaan untuk rujukannya dan perlu dihantar selepas cuti Aidilfitri. Tidak susah dengan sedikit rujukan daripada sumber yang ada.
Sewaktu cuti Aidilfitri, saya dijemput ke rumahnya dan membawa bersama CD dan contoh storyboard yang telah siap. Saya luangkan beberapa minit untuk terangkan mengenai storyboard berkenaan. Sewaktu mahu pulang dan selepas semuanya selesai, saya ditanya, "Masa jumpa awak kat pejabat hari tu, kenapa awak pakai t-shirt bukan kemeja? Dah tu, pakai selipar pulak?" Saya cuma jawab sibuk dengan kerja sebelum dibalas, "Ke malam sebelum tu awak stay kat pejabat? So masa jumpa tu, awak belum balik mandi ke??"
Eeerrrrkkkk.. terkedu dibuatnya!
P/S: Menulis sambil melayan lagu Payphone oleh Maroon 5 dan Wiz Khalifa
No comments:
Post a Comment