MY FOLLOWERS

Friday, July 6, 2012

Hidupan Liar - Dolfin Diserang Sotong

Kredit kepada: GrindTV
Gambar ihsan: GrindTV


Assalamualaikum....


Seorang saintis yang mengkaji ikan dolfin di barat Greece berjaya merakamkan urutan imej yang menakjubkan menunjukkan seekor dolfin bottlenose dengan seekor sotong kurita melekat pada bahagian perutnya.

"Saya belum pernah melihat sesuatu seperti ini," kata Joan Gonzalvo dari Ionian Dolphin Project kepada New Scientist. "Hipotesis saya, mungkin dolfin ini diserang dan cuba untuk melepaskan dirinya ketika sotong itu berpaut pada perutnya."

Kenyataannya agak masuk akal kerana paus juga melakukan yang sedemikian apabila ingin melepaskan diri daripada parasit.

Gonzalvo juga menulis kisah penemuan pelik ini di blog Dolphin Project, di bawah tajuk "Naughty octopus," 

Dolfin berkenaan berupaya melepaskan diri daripada sotong itu dan terus berenang seperti biasa.


KLIK SINI untuk berita penuh.

No comments: